Friday, April 24, 2015

SASTERA MELAYU

   assalamualaikum.. lamanya tak update blog ni. serius rindu... rindu sangat. sibuk la katakan. alhamdulillah masih bernyawa. masih di beri peluang untuk mengejar cintaNya. subhanallah. serius rindu nak menulis balik. tapi, tak tahu kenapa semangat menulis tu hilang. dulu ingat lagi.. lepas spm pernah nak isi borang masuk ASWARA. nak ambil bidang penulisan.serius aku suka menulis. tapi, mak nak aku jadi ustazah.  tak jadi isi borang masuk ASWARA. masuk lah KUIN dengan harapan keluar nanti jadi USTAZAH. insyaAllah.. sedegil- degil aku pun, arahan mak tetap di dahulukan. redha Allah kan terletak kepada redha kedua ibu bapa.

   ok..

    Aku nak buktikan sebenarnya... aku juga boleh jadi seorang ustazah juga boleh menulis. boleh berdakwah. asalkan sentiasa update niat. insyaAllah.. aku boleh.. sebelum ni, buat cerpin dan novel untuk koleksi diri ja. sebab tak ada keyakinan diri. takut tak di terima. mungkin aku tak ada keyakinan diri. sekarang dah start minat sajak dan puisi. puisi yang  bait-baitnya yang ringkas. tapi mendalam maknanya.

   kenalkan.. Aku Sastera Melayu... nama yang di beri sebagai kekuatan . apa kaitan aku dengan sastera Melayu? kami sangat Akrab. orang pernah tanya aku, kenapa sastera Melayu? kenapa tak letak je nama sebenar. suka naur nama sastera melayu. siapa sastera Melayu? shhhh.. biar rahsia. hahahah..ok.. nama sastera Melayu tu aku jumpa time aku ambil asasi kat KUIN. time tu ada seorang ustaz  tanya nama aku. masa tu sesi taauruf. aku pun pekenalkan diri. ustaz tu tanya. " awak tahu tak maksud nama awak?" lebih kurang macam tu lah bunyinya. mengikut buku 1001 nama nama islam, maksud nama aku yang dalam i.c adalah . lemah lembut dan berpengetahuan tinggi. time tu aku geleng je. tak kan nak beritahu satu kelas maksud nama aku lemah lembut dan berpengetahuan tinggi kan.. nanti orang ingat aku ni poyos pulak. menurut ustaz tu, nama aku dalam bahasa arab adalah s
kesasteraan. bila fikir balik, memang aku dari dulu suka sastera. maka dengan itu lekatlah nama sastera Melayu..

    Harap sangat dapat terbit satu buku. insyaAllah satu hari nanti dengan izin Allah..

 

Thursday, June 5, 2014

Sunnah

Kami
Antara produk sunnah.


Assalamualaikum..
  

  Cuti sem bertandang lagi. Cuti sem kali ni, aku curi pengalaman beniaga. Serius aku cakap. Aku memang jenis tak ada pengalaman bekerja.
  Aku belajar berniaga dengan  sebuah syarikat kecil yang mahu mengetengahkan makanan sunnah. Sejak bekerja aku belajar sikit sikit cara bercakap. Cara berhadapan dengan orang. Dan cara cara menjual barang. Bukan senang nak berniaga. Sebab sekarang ni, orang melayu islam lebih suka produk yang import ni.
   Tak ramai yang tahu apa itu benda yang berkaitan sunnah. Jenis orang kita, suka support makanan USA,barang barang yang keraguan halalnya .
    Sedar tak sedar, kita sebenarnya sedang dirosakkan oleh negara barat. Kita ingat tidak ada perang,kita selamat dari itu semua?
    Aku dah tak guna colgate. Aku sekarang dah bersugi. Kalau tak ada kayu sugi aku rasa tak seronok. Seronok sebenarnya bersugi ni. Nafas tak berbau. Dan yang penting ia adalah sunnah.  Selagi aku ulang. Sunnah.
   Aku sekarang dah amalkan madu dan cuka delima. Memang best. Kalau puasa, tak rasa penat dan perut ni kenyang memanjang. Serius, aku lebih bertenaga. Madu sebenarnya ada penawar yang orang kita susah nak amalkan. Sebenarnya, orang barat pagi pagi sarapan dengan madu.
   Ok.. tip nak pilih madu. Pastikan madu dia original. madu malaysia selalunya  mengandungi campuran air yang banyak. sebab malaysia kan HOT. so, ambe tak berapa gemar madu malaysia. Hehehe..

   Orang sekarang kalau sakit, makan obat. Pening sikit penadol. Tapi tak ramai yang cuba amalkan sunnah.
   Sedar tak, kita sebenarnya telah telan  racun. Bukan penawar.ubat bukan menyembuhkan. Tetapi mengurangkan rasa sakit. menambahkan racun dalam badan. Sebab tu la kita mudah dapat penyakit. Nampak tak agenda di  sebalik ubat.
    Keluar keluar saja kita ke dunia ni, terus disumbat dengan ubat melalui suntikan. Dah berapa banyak racun terkumpul didalam badan kita.

   Satu lagi tabiaat orang sekarang ni.dah banyak kali aku jumpa. Sebut je pasal berbekam. Satu  perkataan keluar dari mulut mereka. "Ei, gelilah. " sabar je lah.. anggap saja kita sedang berjihad.
   Cubalah dulu sebelum nak kata geli ke, takut ke. Jangan kita mempelecehkan berbekam. Sebab ia sunnah. Sekali lagi saya sebut Sunnah.
Ok faham.?????
 


Posted via Blogaway

Friday, May 9, 2014

Jiwa yang merindui

Cukuplah Allah untukku.
Bila masa nadi ini berdenyup,
terungkup rindu kepada ilahi.


Posted via Blogaway

Monday, April 21, 2014

Cinta kau dan DIA

Mimpi,
Dikala siang menyapa,
Jiwa kekosongan seperti  ruang udara yang kehilangan.
Tika disapa Tuhan,
Seperti tertiupnya cahaya putih yang terbina diatas cinta.
Anugerah itu kasih sayang DIA kepada setiap ciptaanNYa 
Dia memberikan segala galanya tanpa kau meminta
Tanpa perlu kau memberi melainkan dengan cinta
Arrahman 
arrahim
DIA ,
Bergitu sempurna sifat hakiki..

KAU,
Pendosa
Penzalim
Perosak agama dan bangsa.
Cinta,
Peluang
1
2
3
Bahkan lebih daripada itu.
Dia setia memberi.
Sayangnya
Kau tak pernah nampak kesetian DIA
Kau Lebih sayangkan diri kau dan dunia yang Kau agung agungkan
Dimana janji janji Engkau pada DIA?
apakah Engkau lupa..?
cinta DIA sentiasa mengingatkan Kau. Setiap tulisan tulisan suci Dia sentiasa mengingatkan Kau.
Apakah Engkau masih lupa?
disaat Dunia ketawakan kebodohan Kau
Disaat Engkau tidak memiliki satu pun Cinta,
Dia datang dengan Cinta.
Dia datang dengan
الرحمن
الرحيم
Wahai jiwa jiwa yang kosong,
Damailah dengan cinta DIA.
Damailah dengan ras


Posted via Blogaway

Friday, February 14, 2014

majlis graduasi..

 
   Assalamualaikum..

  Alhamdulillah ku panjatkan rasa syukur ini kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, aku masih dapat meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu di bumi Insaniah yang mudah-mudahan barakah. sesekali, apabila berada di dalam kelas bersama-sama dengan murabbi dan juga teman-teman seperjuangan, terbit rasa syukur yang tidak terhingga. tak dapat ku ungkapkan dengan kata-kata.

  kadangkala, rasa macam tidak percaya. kerana Allah memilih aku sebagai salah seorang hambaNya sebagai penuntut ilmu agama. meskipun banyak kekurangan di dalam diri aku. tapi, itu bukan satu halangan. InsyaAllah.. aku akan mencuba ikhlaskan hati ini kerana Allah.

  aku masih ingat lagi. kali pertama aku di KUIN. masa tu, aku dapat couse asasi pengajian Islam. serius, satu patah perkataan pun aku tak tahu dalam bahasa Arab. bila di suruh bercakap dalam bahasa Arab, mulut aku seolah-oleh seperti di gam dengan gam gajah.

  time tu, boleh je nak tukar ke asasi pengurusan atau sains. tapi, ada satu perasaan yang membuatkan aku mahu terus kekal dengan asasi pengajian Islam. pada semesta pertama, result aku tak berapa baik, dan aku terpaksa bawa  subjek ke sem 4.alhamdulillah semesta 2dan 3 pointer semakin meningkat..  asasi hanya ada 3 sem je. tapi, aku dan beberapa sahabat dan sahabiah harus masuk ke sem 4. berkelanalah kami selama 4 bulan. kami bukan tak pandai. cuma mungkin belum berjaya masa tu.



Allahamdulillah. 
pada 11/2/2014

  Meskipun perjalanan ini masih jauh, masih ada kenanagan aku di pentas ini. ini baru pentas dunia. belum lagi pentas akhirat yang berliku perjalanannya.
    saat ini, tidak dapat aku menahan air mata. aku tidak tahu kenapa aku menangis. Mungkin menangis kerana aku belum menghadiahkan mak dan ayah aku dengan sebenar-benar kejayaan. tapi, aku syukur dengan kehadiran mak , kakak ,dan adikku. sekurang-kurangnya, aku tidak merasa kekok saat berada di atas pentas.
   
  Alhamdulillah... aku kini telah menyambung pelajaran ku ke peringkat seterusnya. Aku kini berada di Semesta ke 3 di dalam Ijazah Sarjana Muda Usuluddin. mudah-mudahan, aku akan menjadi generasi baru dalam menyampaikan islam.. insyaAllah..

 

Sunday, February 2, 2014

Kalau Dah Jodoh.


Gambar Hiasan.




  Assalamualaikum..

  Lamanya tak kemas blog yang besarang ni. rasanya, dah banyak serangga datang hinggap. hahah.. ayat biasa yang  biasa di gunakan oleh blogger sebagai Muqadimmah. ok..

  Benda pertama yang aku selalu buat bila buka laptop kesayangan adalah, buka Fb. kemudian barulah sempat cuci mata dekat Blog ni. Buka saja FB, banyak yang post gambar kahwin dekat Fb. al maklumlah, time cuti cam gini, banyaklah yang dah kahwin. Tahniah Dee ucapkan kepada sahabat-sahabat Dee yang selamat melangsungkan   perKahwinan.

  Jujur dari hati dan fitrah ku sebagai manusia, aku juga ingin berkahwin. tapi, aku masih belum jumpa lelaki yang benar-benar sesuai untukku. Aku bukan memilih, tapi..Aku hanya akan menerima seseorang yang ikhlas, dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan aku yang halal untuk 'dia' cewahhh..dan yang penting , mendahulukan wali ku terlebih dahulu. insyaAllah..aku akan terima. sorry kepada mereka yang ajak couple. saya tak couple sebelum nikah. Saya takut Allah tak redha.

  Ramai yang cakap, 'hang tak couple, macam mana hang nak dapat jodoh?' don't worrylah kawan.. Allah dah susun dah jodoh aku dengan si 'dia' elok-elok. tunggu masa saja untuk bertemu dalam ikatan yang halal. ramai yang couple sebelum nikah. Tapi, berapa ramai yang kekal sehingga ke jinjang pelamin. ini perumpamaan sahaja. aku tak kata couple tu haram. boleh couple. Asalkan dah nikah.heheh.. time tu baru sweet kalau nak couple. dah tak haram. semuanya halal.

  Ramai daripada kenalan aku cakap, aku ni sombong sangat dengan lelaki. Aku bukan sombong, atau jual mahal. tapi.. Entahlah.. Aku ni, jenis yang susah nak senyum atau bertegur sapa dengan lelaki. Bila berjalan  di tempat banyak lelaki, akulah perempuan yang akan berpeluh tidak semena-mena dan, tidak keruan. kalau bercakap dengan lelaki pun kasar.  Mungkin aku ni, Pemalu. atau.. Mungkin aku ada sejarah silam pernah kena buli dengan budak lelaki semasa sekolah dulu. hahah.. sampai terbawa-bawa sehingga ke Universiti.

  Cakap pasal hantaran atau Mas Kahwin atau belanja perkahwinan, aku tak letak harga yang tinggi. Apa yang penting, keberkatan dalam perkahwinan itu. aku tak nak membebankan bakal suami ku. Ramai gadis yang berkelulusan 'U' meletakkan harga hantaran yang tinggi kepada bakal suami mereka. konon-kononnya, kelulusan seseorang gadis itu, mempunyai standard atau nilai yang tinggi. Tidak kiralah, siapa pun bakal suami. lawyer ke, Dokter ke, pensyarah ke.Hatta, Jutawan sekalipun, tak perlulah letak harga mahal-mahal.

  Ramai yang nak kahwin, tapi.. tak bersedia. ilmu agama entah ke mana, pengurusan diri yang tidak terurus. kewangan tak stabil. kenapa jadi macam tu? itulah.. sebuk bercinta sangat, sampai lupa nak siapkan diri. hahah.. sebenarnya, aku sendiri tak bersedia lagi semua tu. cakap je lebih.heheh..

  okehlah.. panjang pulak penulisan aku kali ni. lepas rindulah katakan.. macamlah ada orang baca.. hahah.. just perkongsian.









  tinta kasih oleh :
Madena

3/2/2014
12: 42 AM

 

 

 

Friday, January 24, 2014

USRAH

   Qaisara berdiri memandang laut biru cina selatan yang terbentang luas. subhanallah, bergitu indah sekali! melihat keindahan ciptaanNya di hadapan mata, membuatkan segala kekusutan hilang serta merta.

  Bunyi deringan telefon bimbit menganggu khayalan Qaisara. lalu, Qaisara mencapai telefon bimbit daripada kocek seluarnya. massege daripada Naqibah Husna.

    " Assalam.. Ukhti, jangan lupa Usrah kita petang ni. harap sangat, Enti dapat sertai Usrah kita petang ni. Kami ada kejutan untuk enti."

  " Wassalam. InsyaAllah, Ana akan cuba datang petang ni. tapi, ana tak boleh janji. Abah ana tak ada siapa yang nak jaga. ummi ana pergi kerja."

  Qaisara menarik nafas dalam sebelum di hembus pelahan. sejak Ummi dan Abah sakit, jiwa Qaisara turut terdera. Bukan dia tidak ikhlas menerima semua ujian Allah. Tapi, jiwa remajanya seringkali meminta sedikit kebebasan. 

   Qaisara anak tunggal di dalam keluarga. 
  
   kadangkala,dia merasa kesunyian. Dia merasakan  Tak Ada tempat untuk meluahkan.
    Hanya Allah tempat dia meluahkan. Hanya Allah yang memahami apa yang terpendam di dalam hati.

Naqibah usrah pernah berpesan
"Jangan kita meletakkan ujian itu sebagai bebanan. Letaklah ujian itu sebagai penguat jiwa. Jika ujian itu dijadikan bebanan,pasti kita tidak ikhlas menerimanya. "
  Qaisara bangkit setiap kali menerima nasihat seperti itu.
    Dia nekad akan memperbaiki diri sedikit demi sedikit.
    Qaisara bersyukur kepada Allah, kerana Allah hadirkan sahabat -sahabat seperti keluarga kecil  usrahnya.
   Setiap hari jumaat,Qaisara akan menyertai usrah bersama beberapa  orang sahabat karibnya.
  Selain berkongsi masalah, mereka juga turut  berkongsi ilmu.mereka juga turut mendengar tazkirah ringkas daripada Naqibah mereka.
   Kak Fida adalah ketua usrah mereka. setiap kali sebelum memulakan usrah, mereka bertilawah al quran terlebih dahulu. Kemudian bertaddabur al Quran bersama sama.
   Nikmatnya ukhwah atas dasar islam. Masing -masing berusaha merebut redha Allah.

"Assalamualaikum, sara.. buat apa seorang diri di sini?"

  


Posted via Blogaway