Friday, January 24, 2014

USRAH

   Qaisara berdiri memandang laut biru cina selatan yang terbentang luas. subhanallah, bergitu indah sekali! melihat keindahan ciptaanNya di hadapan mata, membuatkan segala kekusutan hilang serta merta.

  Bunyi deringan telefon bimbit menganggu khayalan Qaisara. lalu, Qaisara mencapai telefon bimbit daripada kocek seluarnya. massege daripada Naqibah Husna.

    " Assalam.. Ukhti, jangan lupa Usrah kita petang ni. harap sangat, Enti dapat sertai Usrah kita petang ni. Kami ada kejutan untuk enti."

  " Wassalam. InsyaAllah, Ana akan cuba datang petang ni. tapi, ana tak boleh janji. Abah ana tak ada siapa yang nak jaga. ummi ana pergi kerja."

  Qaisara menarik nafas dalam sebelum di hembus pelahan. sejak Ummi dan Abah sakit, jiwa Qaisara turut terdera. Bukan dia tidak ikhlas menerima semua ujian Allah. Tapi, jiwa remajanya seringkali meminta sedikit kebebasan. 

   Qaisara anak tunggal di dalam keluarga. 
  
   kadangkala,dia merasa kesunyian. Dia merasakan  Tak Ada tempat untuk meluahkan.
    Hanya Allah tempat dia meluahkan. Hanya Allah yang memahami apa yang terpendam di dalam hati.

Naqibah usrah pernah berpesan
"Jangan kita meletakkan ujian itu sebagai bebanan. Letaklah ujian itu sebagai penguat jiwa. Jika ujian itu dijadikan bebanan,pasti kita tidak ikhlas menerimanya. "
  Qaisara bangkit setiap kali menerima nasihat seperti itu.
    Dia nekad akan memperbaiki diri sedikit demi sedikit.
    Qaisara bersyukur kepada Allah, kerana Allah hadirkan sahabat -sahabat seperti keluarga kecil  usrahnya.
   Setiap hari jumaat,Qaisara akan menyertai usrah bersama beberapa  orang sahabat karibnya.
  Selain berkongsi masalah, mereka juga turut  berkongsi ilmu.mereka juga turut mendengar tazkirah ringkas daripada Naqibah mereka.
   Kak Fida adalah ketua usrah mereka. setiap kali sebelum memulakan usrah, mereka bertilawah al quran terlebih dahulu. Kemudian bertaddabur al Quran bersama sama.
   Nikmatnya ukhwah atas dasar islam. Masing -masing berusaha merebut redha Allah.

"Assalamualaikum, sara.. buat apa seorang diri di sini?"

  


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment