Sunday, February 2, 2014

Kalau Dah Jodoh.


Gambar Hiasan.




  Assalamualaikum..

  Lamanya tak kemas blog yang besarang ni. rasanya, dah banyak serangga datang hinggap. hahah.. ayat biasa yang  biasa di gunakan oleh blogger sebagai Muqadimmah. ok..

  Benda pertama yang aku selalu buat bila buka laptop kesayangan adalah, buka Fb. kemudian barulah sempat cuci mata dekat Blog ni. Buka saja FB, banyak yang post gambar kahwin dekat Fb. al maklumlah, time cuti cam gini, banyaklah yang dah kahwin. Tahniah Dee ucapkan kepada sahabat-sahabat Dee yang selamat melangsungkan   perKahwinan.

  Jujur dari hati dan fitrah ku sebagai manusia, aku juga ingin berkahwin. tapi, aku masih belum jumpa lelaki yang benar-benar sesuai untukku. Aku bukan memilih, tapi..Aku hanya akan menerima seseorang yang ikhlas, dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan aku yang halal untuk 'dia' cewahhh..dan yang penting , mendahulukan wali ku terlebih dahulu. insyaAllah..aku akan terima. sorry kepada mereka yang ajak couple. saya tak couple sebelum nikah. Saya takut Allah tak redha.

  Ramai yang cakap, 'hang tak couple, macam mana hang nak dapat jodoh?' don't worrylah kawan.. Allah dah susun dah jodoh aku dengan si 'dia' elok-elok. tunggu masa saja untuk bertemu dalam ikatan yang halal. ramai yang couple sebelum nikah. Tapi, berapa ramai yang kekal sehingga ke jinjang pelamin. ini perumpamaan sahaja. aku tak kata couple tu haram. boleh couple. Asalkan dah nikah.heheh.. time tu baru sweet kalau nak couple. dah tak haram. semuanya halal.

  Ramai daripada kenalan aku cakap, aku ni sombong sangat dengan lelaki. Aku bukan sombong, atau jual mahal. tapi.. Entahlah.. Aku ni, jenis yang susah nak senyum atau bertegur sapa dengan lelaki. Bila berjalan  di tempat banyak lelaki, akulah perempuan yang akan berpeluh tidak semena-mena dan, tidak keruan. kalau bercakap dengan lelaki pun kasar.  Mungkin aku ni, Pemalu. atau.. Mungkin aku ada sejarah silam pernah kena buli dengan budak lelaki semasa sekolah dulu. hahah.. sampai terbawa-bawa sehingga ke Universiti.

  Cakap pasal hantaran atau Mas Kahwin atau belanja perkahwinan, aku tak letak harga yang tinggi. Apa yang penting, keberkatan dalam perkahwinan itu. aku tak nak membebankan bakal suami ku. Ramai gadis yang berkelulusan 'U' meletakkan harga hantaran yang tinggi kepada bakal suami mereka. konon-kononnya, kelulusan seseorang gadis itu, mempunyai standard atau nilai yang tinggi. Tidak kiralah, siapa pun bakal suami. lawyer ke, Dokter ke, pensyarah ke.Hatta, Jutawan sekalipun, tak perlulah letak harga mahal-mahal.

  Ramai yang nak kahwin, tapi.. tak bersedia. ilmu agama entah ke mana, pengurusan diri yang tidak terurus. kewangan tak stabil. kenapa jadi macam tu? itulah.. sebuk bercinta sangat, sampai lupa nak siapkan diri. hahah.. sebenarnya, aku sendiri tak bersedia lagi semua tu. cakap je lebih.heheh..

  okehlah.. panjang pulak penulisan aku kali ni. lepas rindulah katakan.. macamlah ada orang baca.. hahah.. just perkongsian.









  tinta kasih oleh :
Madena

3/2/2014
12: 42 AM

 

 

 

No comments:

Post a Comment