Friday, February 14, 2014

majlis graduasi..

 
   Assalamualaikum..

  Alhamdulillah ku panjatkan rasa syukur ini kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, aku masih dapat meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu di bumi Insaniah yang mudah-mudahan barakah. sesekali, apabila berada di dalam kelas bersama-sama dengan murabbi dan juga teman-teman seperjuangan, terbit rasa syukur yang tidak terhingga. tak dapat ku ungkapkan dengan kata-kata.

  kadangkala, rasa macam tidak percaya. kerana Allah memilih aku sebagai salah seorang hambaNya sebagai penuntut ilmu agama. meskipun banyak kekurangan di dalam diri aku. tapi, itu bukan satu halangan. InsyaAllah.. aku akan mencuba ikhlaskan hati ini kerana Allah.

  aku masih ingat lagi. kali pertama aku di KUIN. masa tu, aku dapat couse asasi pengajian Islam. serius, satu patah perkataan pun aku tak tahu dalam bahasa Arab. bila di suruh bercakap dalam bahasa Arab, mulut aku seolah-oleh seperti di gam dengan gam gajah.

  time tu, boleh je nak tukar ke asasi pengurusan atau sains. tapi, ada satu perasaan yang membuatkan aku mahu terus kekal dengan asasi pengajian Islam. pada semesta pertama, result aku tak berapa baik, dan aku terpaksa bawa  subjek ke sem 4.alhamdulillah semesta 2dan 3 pointer semakin meningkat..  asasi hanya ada 3 sem je. tapi, aku dan beberapa sahabat dan sahabiah harus masuk ke sem 4. berkelanalah kami selama 4 bulan. kami bukan tak pandai. cuma mungkin belum berjaya masa tu.



Allahamdulillah. 
pada 11/2/2014

  Meskipun perjalanan ini masih jauh, masih ada kenanagan aku di pentas ini. ini baru pentas dunia. belum lagi pentas akhirat yang berliku perjalanannya.
    saat ini, tidak dapat aku menahan air mata. aku tidak tahu kenapa aku menangis. Mungkin menangis kerana aku belum menghadiahkan mak dan ayah aku dengan sebenar-benar kejayaan. tapi, aku syukur dengan kehadiran mak , kakak ,dan adikku. sekurang-kurangnya, aku tidak merasa kekok saat berada di atas pentas.
   
  Alhamdulillah... aku kini telah menyambung pelajaran ku ke peringkat seterusnya. Aku kini berada di Semesta ke 3 di dalam Ijazah Sarjana Muda Usuluddin. mudah-mudahan, aku akan menjadi generasi baru dalam menyampaikan islam.. insyaAllah..

 

No comments:

Post a Comment