Thursday, June 5, 2014

Sunnah

Kami
Antara produk sunnah.


Assalamualaikum..
  

  Cuti sem bertandang lagi. Cuti sem kali ni, aku curi pengalaman beniaga. Serius aku cakap. Aku memang jenis tak ada pengalaman bekerja.
  Aku belajar berniaga dengan  sebuah syarikat kecil yang mahu mengetengahkan makanan sunnah. Sejak bekerja aku belajar sikit sikit cara bercakap. Cara berhadapan dengan orang. Dan cara cara menjual barang. Bukan senang nak berniaga. Sebab sekarang ni, orang melayu islam lebih suka produk yang import ni.
   Tak ramai yang tahu apa itu benda yang berkaitan sunnah. Jenis orang kita, suka support makanan USA,barang barang yang keraguan halalnya .
    Sedar tak sedar, kita sebenarnya sedang dirosakkan oleh negara barat. Kita ingat tidak ada perang,kita selamat dari itu semua?
    Aku dah tak guna colgate. Aku sekarang dah bersugi. Kalau tak ada kayu sugi aku rasa tak seronok. Seronok sebenarnya bersugi ni. Nafas tak berbau. Dan yang penting ia adalah sunnah.  Selagi aku ulang. Sunnah.
   Aku sekarang dah amalkan madu dan cuka delima. Memang best. Kalau puasa, tak rasa penat dan perut ni kenyang memanjang. Serius, aku lebih bertenaga. Madu sebenarnya ada penawar yang orang kita susah nak amalkan. Sebenarnya, orang barat pagi pagi sarapan dengan madu.
   Ok.. tip nak pilih madu. Pastikan madu dia original. madu malaysia selalunya  mengandungi campuran air yang banyak. sebab malaysia kan HOT. so, ambe tak berapa gemar madu malaysia. Hehehe..

   Orang sekarang kalau sakit, makan obat. Pening sikit penadol. Tapi tak ramai yang cuba amalkan sunnah.
   Sedar tak, kita sebenarnya telah telan  racun. Bukan penawar.ubat bukan menyembuhkan. Tetapi mengurangkan rasa sakit. menambahkan racun dalam badan. Sebab tu la kita mudah dapat penyakit. Nampak tak agenda di  sebalik ubat.
    Keluar keluar saja kita ke dunia ni, terus disumbat dengan ubat melalui suntikan. Dah berapa banyak racun terkumpul didalam badan kita.

   Satu lagi tabiaat orang sekarang ni.dah banyak kali aku jumpa. Sebut je pasal berbekam. Satu  perkataan keluar dari mulut mereka. "Ei, gelilah. " sabar je lah.. anggap saja kita sedang berjihad.
   Cubalah dulu sebelum nak kata geli ke, takut ke. Jangan kita mempelecehkan berbekam. Sebab ia sunnah. Sekali lagi saya sebut Sunnah.
Ok faham.?????
 


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment