Monday, August 19, 2013

CERITA DEE

   Assalamualaikum..

   sebelum start cerita mesti ada muqadimmahnya dulu. sebelum berlalunya syawal, saya Adibah Aznan @ Dee ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. maaf sekiranya diri ini banyak melakukan kesilapan secara sengaja ataupun tidak.
   Fuhhh! panjangnya ucapan... tapi tak apa. janji happy.hmmm...happy tu happy jugak. jgn lupa krisis yang melanda bumi mesir. di saat kita umat islam merayakan aidilfitri, masih ada insan yang bermandikan darah. Ya Allah.. isu syiria belum reda muncul pula isu mesir. diri ini hanya mampu berdoa di saat ini. semoga mesir terus di berkati oleh Allah..
   Dee baru sahaja masuk KUIN semula. cuti sem yang panjang menyebabkan Dee malas nak masuk kelas..huhuhu..pengakuan jujur.. apa-apa pun, diri ini tabah juga mengharumi pelbagai onak dan duri. cewah bersastera pulak..
   walaupun tak jadi pindah kuin Kuala Ketil, Dee ok je. belajar kat mana pun tak pa. sebab ustaz Dee pernah cakap, ulama dulu pun bukan hidup senang. tapi berjaya jugak kan.? so tak payah kecoh2. tapi, itu tidak bermakna Dee boleh pejam mata dan berdiam diri saja dengan apa yang berlaku. wajarkah orang yang menuntut ilmu di zalimi.?? Hmmm...sendiri mau ingatlah..benda dah jadi..

   ok.. tak nak kenang-kenang dah benda ni..apa-apa pun ada menuntut ilmu tidak kira tempat dan masa. jika ada kesungguhan, insyaAllah. berjaya!

   raya ni ramai yang dah mendirikan rumah tangga. maksud Dee kahwin. tipulah Dee katakan yang Dee ni tak nak kahwin. Dee ni, manusia biasa juga. bukan robot yang tak ada perasaan. tapi, Dee serahkan urusan jodoh pertemuan di tangan tuhan. kerana Dia yang lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk Dee pilih.
   Dee tak mengharap banyak . cukuplah sekadar bakal suami Dee seorang yang beragama. dan kalau boleh biarlah Ustaz. bolehlah dia bimbing Dee yang masih jahil ni. perkahwinan atas dasar agama itu, lebih baik daripada pekahwinan atas dasar nafsu.

ok lah.. Dee tammat kan cerita Dee sekarang. Esok Dee kena pergi kelas.
 

No comments:

Post a Comment