Thursday, July 11, 2013

Salam Ramdan

   Assalamualaikum!!
    Salam Ramadan kepada semua umat Islam di semerata dunia. Hari ini merupakan hari ketiga umat islam menyambut Ramadan. so, harap2 kita tak pancit ya.. huhuhu.. apa yang Dee nak cakap di sini adalah, Ramadan bukan pesta Juadah makanan. tapi, Ramadan adalah pesta untuk Ibadah. bunyi dia macam sama kan.? tapi, maksud dia berbeza.
   Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh Barakah. masa inilah, kita berlumba-lumba mencari pahala. dan mengambil keberkatan daripadanya. Alhamdulillah.. Ramadan kali ini, Dee dah ada ahli solat terawih baru.. iaitu kakak Dee.. rasa bersemangat.. yang sedihnya, Dee hanya mampu buat lapan rakaat saja tahun ni. sebab kesihatan tak mengizinkan Dee.
   Haaa! Time nie, Dee rasa best sangat kalau bertadarus. sambil2 tadarus, sambil2 menghafaz juga. Semester ni, Dee kena hafaz Juz 3 iaitu surah Baqarah. Dee target nak tasmie' bagi habis Juz 3 semester nie.. sebab tu Ramdan adalah kesempatan Dee untuk hafaz sikit-sikit. insyaAllah..Dee boleh.  baru-baru ni, result Exam semesta 1dah kuar. Alhamdulillah.. pointer Dee tak rendah dan juga tak tinggi.
   semuanya Dee lakukan dengan Usaha dan Tawakkal kepada Allah. kadang-kadang, Dee juga tewas. tetapi, Dee ada Allah.Eh! tak. sebenarnya kita ada Allah.
   Sebelum ni, Dee selalu gagal. Sampaikan hampir berputus asa. nasib baik Allah hantarkan sahabat-sahabat untuk bantu Dee. bila ada sahabat yang baik macam tu, tak kan lah kita nak lari pulak. mesti la kena kejar.
setiap kali Exam time asasi dulu, Dee mesti tidur rumah sewa sahabat Dee yang muda setahun daripada Dee. Dia yang banyak bantu Dee. Dia ajar Dee daripada Zero kepada yang lebih baik. itu menunjukkan kasih sayang Allah kepada Dee. Dee nak ucapkan terima kasih kepada Allah kerana memberikan sahabat di kala Dee dalam kesusahan. Sahabat Dee nama dia Zati Hulwani.
   sekarang Dee dah sambung Degree dekat tempat yang sama dengan Dee belajar Asasi dulu. Alhamdulillah... kali ni, Dee lebih berdikari. Tapi, Dee rindu dekat Asasi. Jika ada rezeki Dee, Dee nak sambung Master dalam bidang Kunseling.Itupun, kalau umur Dee masih panjang la.

sahabat-sahabat.

  Dee sebenarnya nak kongsikan sesuatu. itu pun jika sahabat sudi menerima perkongsian Dee la. Ada seorang Kakak SENIOR Dee dekat KUIN kongsi dekat FB dia. Dee rasa ini manfaat untuk di kongsikan bersama. kakak Senior Dee nie baru tamat Degree Usuluddin macam Dee jugak. dia bakal menyambung Master tak lama lagi. Mabruk ya Kak! kakak Senior Dee dapat 4.0 POINTER ..luar biasa bukan.!
   Itu semua daripada Allah. sebab tu lah, kalau nak sesuatu tu, minta daripada Allah.

antara resepi kejayaan Kakak Senior:

1) mengamalkan Surah Waqiah
2) istiqamah solat sunat Dhuha
3)selalu bersedekah.
4) selalu membantu orang dlm kesusahan.
insya Allah Dee akan cuba. semua amalan diatas adalah kunci rezeki bukan.? apa yang penting niat haruslahkerana Allah.

  ok.. semoga pengkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua.



No comments:

Post a Comment