Saturday, March 16, 2013

story

   Assalamualaikum..

    Jam pada laptop ku sudah menunjukkan jam 11.40 malam. mata ku masih segar bugar. Namun bergitu aku cuba sedaya upaya mencari manfaat di kelewatan malam. tadi.. aku ada baca blog kisah student madic. lepas baca blog dia, rasa semangat nak update blog ni.
   ye la...
   sesekali, blog ni kena ada intipati yang manfaat. heheheh.. Malam ni, aku nak kongsikan satu cerita. Cerita dia bermula sebaik sahaja aku cuti pertengahan sem. hmm.. ikutkan aku hanya cuti 3 minggu. tapi, di lanjutkan selama 1 bulan setengah. hmm. satu tempoh yang agak lama. dan.. tolong jangan tanya kenapa??
   semasa cuti sem tahun lepas, Ayah masuk hospital. cuti sem tahun ni pula, Mak kesayangan aku pula masuk Hospital.. Ujian buat kami sekeluarga. Doktor sahkan mak mengidap kenser paru-paru. aku pun tak tahu apa perasaan aku saat mengetahui tentang penyakit mak. yang pastinya, aku belajar sesuatu daripada Mak. ( Kita ada Allah bersama kita.) aku mahu mencontohi ketabahan Mak. insyaAllah.
   Tapi, aku lebih kagum dengan ketabahan Rasulullah SAW ketika menyampaikan risalah Islam. Meskipun di hina oleh orang kafir, Baginda SAW tetap mahu menyampaikan kebenaran. Aku harap mak akan setabah Baginda SAW. 
   ye la...   sesekali, blog ni kena ada intipati yang manfaat. heheheh.. Malam ni, aku nak kongsikan satu cerita. 
   selepas tu, mak, ayah dan adik bongsu aku berangkat ke tanah suci. Mak orang yang paling semangat. Aku harap, Doa Mak di makbulkan Allah ketika berdoa di hadapan ka'bah. 

   Ikutkan, aku pun nak pergi.. tapi, tak tahu pula aku cuti. ye la, mak dah bagi nama awal untuk tiga orang. Mungkin bukan rezeki aku..redha ya..
   Sepanjang cuti ni, aku cuba topup iman aku. walaupun, kadang-kadang kecundang juga. tapi, itu tidak bermakna aku akan mengalah. InsyaAllah, Aku akan cuba mencari redha Allah.  

  Alhamdulillah... Aku dapat menghafal Al Quran pada hari ini.walaupun tak banyak.. tapi itu sudah memadai. teringat aku dengan kisah silam. dulu, aku tak tahu langsung baca Al Quran.. sehinggalah aku berjanji dengan diri aku sendiri " AKU MESTI BOLEH BACA AL QURAN." Alhamdulillah.. hari ini aku belajar menghafal Al Quran. jika niat kita baik kerana Allah, Allah akan makbulkan doa kita. jika bukan sekarang, insyaAllah di masa akan datang kita akan peroleh kejayaan. 
   Cuti kali ni, Aku juga belajar memandu. tercapai juga impian aku nak pegang stereng kereta. sebelum ni aku ada minta KAK ajar aku drive kereta. tapi, mak cakap lebih baik belajar di driving school.Dapat cikgu garang.. Aku memang tak boleh cikgu garang.. kalau tak mengelabah..heheheh...
   Bila aku dekat rumah.. tak ada la teringatkan Ustaz Habib. (Bukan nama sebenar.)sekarang Aku rasa lebih dekat dengan Allah. Dah lama aku tak mimpikan ustaz. Aku sendiri tak tahu.. adakah dia jodoh aku atau sebaliknya. Jodoh tu rahsia Allah. tapi, saban hari aku berdoa..semoga Allah kuatkan keimanan dia. kadang-kadang terfikir juga nak masej dia. aku matikan saja niat aku. sebenarnya.. aku takut.. aku takut Allah tak redha dengan kami. 
   Hmm.. Esok aku dah start kuliyyah.rindu rasanya saat aku kalut nak masuk kelas. saat di dalam kelas. saat bersama Dr arab. sahabat-sahabat yang juga sama-sama menuntut ilmu ke jalan Allah.. 

   ok lah

 dah lewat sangat ni.. semoga ESOK adalah hari yang baik..





No comments:

Post a Comment