Monday, December 24, 2012

permulaan sebuah cita-cita




    Alhamdulillah. seungkap lafaz ku panjatkan kehadrat Ilahi. Nyawa yang di pinjamkan buat sementara waktu ini adalah anugerah-Nya yang amat bernilai. Keindahan itu milik-Nya. segala yang baik itu dari-Nya. tiada apa yang aku punya.

   Dengan izin Allah, Aku melangkah ke frasa seterusnya. Dimana ia melayakkan aku meneroka ilmu agama islam. Ijazah sarjana Muda Usuluddin. sesuatu bidang yang telah menjadi pilihan aku setelah setahun empat bulan di asasi. segala suka dan duka telah ku lewati.

   Masih memberkas di ingatanku saat di Asasi. Aku bagaikan Bayi yang baru betaktih. jujur! bahasa Arab aku masa tu kureng. apa perasaan aku saat tu,?? tentu sahaja MALU. di saat orang lain fasih berbahasa Arab, aku masih lagi dengan rasa maluku.

   Ketika permulaan di asasi dulu, aku pernah rasa terjatuh. bukan jatuh tangga , longkang , atau sebagainya. tetapi, Jatuh semangat dan pendirian diri. Saat itu , aku banyak bergantung kepada kawan-kawan dan pensyarah2. sehinggalah rasa itu hilang.

   BUMI TARBIYAH.

   Kolej Universiti Insaniah adalah bumi terbiyahku. Bukan sahaja aku dapat menuntut ilmu dengan para ulama. tetapi, aku mula belajar tentang agamaku. agama yang ku cintai iaitu ISLAM. cintaku kepada ilmu mula berputik. tiada paksaan dari sesiapa. ianya kerana Cinta-Nya.

   SEMANGAT!!

  Sudah seminggu lebih aku start masuk kelas. dan, hampir tiga kali juga aku tukar jadual. sekali lagi aku di uji. aku di uji dengan masalah register couse. Alhamdulillah.. lancar. sejak pertama kali aku masuk belajar, ada satu perasaan yang tidak dapat ku ungkapkan. gembirakah aku.???? yang pastinya itu adalah rasa syukur kehadrat-Nya.

   Selepas spm lagi aku bercita-cita mahu menjadi seorang penulis. aku masih dengan pendirian ku sebagai penulisan. selagi nyawa ini masih di pinjamkan, aku tetap mahu meneruskannya. tetapi, kali ini lebih bermakna. hal ini kerana penulisan ku lebih berunsurkan dakwah.

   Petang tadi, Aku jumpa kawan sekolah lama aku. baik budaknya. peramah. aku suka akhlaknya kalaulah aku ada adik perempuan, dah lama aku pinangkan dia untuk adik perempuanku. heheheh. semoga berjaya ADIKKU.

 CABARAN!

   berita  sepupu ku yang menyambung MASTER sampai ke telinga kami sekeluarga. Mak dan AYAH mula memujinya. tidak di nafikan, sepupu ku sememangnya bijak. aku juga ingin jadi sepertinya. aku ingin mengembalikan senyuman MAK DAN AYAH yang telah hilang. insya-Allah.

   Selagi kita yakin dengan Allah, insya-Allah.. kita akan berasa yakin untuk melakukan hal yang lain juga. kata-kata itu aku pegang sejak di asasi lagi.

# Diari Madena..

 

 

No comments:

Post a Comment