Sunday, December 16, 2012

BAB 16



 

   Ashaaf bersama Ustaz Syahir meninjau tapak Projek pembinaan Madrasah. Hampir 80 peratus sudah siap di bina. Hanya tinggal bahagian mengecat sahaja lagi. memakan masa selama enam bulan untuk di siapkan. Mereka berpuas hati dengan hasil kerja penduduk tempatan.

    Mereka kemudiannya, meninjau kawasan Masjid di sebelah kanan iaitu bersebelahan bangunan yang menempatkan Asrama.

   Masjid kecil itu di bina atas ihsan orang kampung dan juga beberapa pihak jawatankuasa kampung. Ashaaf menegur beberapa pekerja yang bertungkus lumus menyapu simen pada dinding Masjid.

   Bergitu pantas mereka melakukan kerja pembinaan. Baru tiga bulan lepas tanah itu di wakafkan oleh Hadi untuk di bina Masjid. Sekarang Masjid kecil itu sudah di saluti simen dan juga berdinding.

   "Assalamualaikum."

    Suara orang memberi salam dari arah belakang mencuri perhatian mereka. Serentak mereka menjawab salam. lalu alihkan pandangan ke arah suara tersebut

   " Eh, Hadi. Kau dari mana?" Soal Ashaaf.

   " Aku dari rumah. Ashaaf. Aku nak cakap dengan kau sekejap."

   Mereka meninggalkan yang lain untuk berbincang seketika. ada sesuatu berita gembira yang ingin di sampaikan kepada Ashaaf.

   "Ada apa ,Di.?"  Soal Ashaaf kehairanan.

   " Semalam Kurnia Telefon aku. Dan dia cakap... Dia terima lamaran keluarga kau." Ujar Hadi.

   " Alhamdulillah.. Bila aku boleh hantar rombongan meminang ni.?" Soal Ashaaf.

   " Nanti aku bincang lain dengan Kurnia. Dapat juga aku adik ipar Ustaz." Ujar Hadi lalu menyiku lengan sahabatnya.

   Ashaaf tersipu malu.

 

No comments:

Post a Comment