Saturday, December 29, 2012

semalam, hari ini, dan esok




Assalamualaikum...
  
     KESILAPAN..

   Aku juga pernah menjadi sebahagian daripadanya . bahkan kesilapan itu masih menghantui aku sehingga kini. ku akui semua itu berpunca dari ku sendiri. ketika itu, aku rasakan dunia ku gelap. hati ku hitam dengan kesan dosa-dosa yang tak terhitung banyaknya. aku jahil ketika itu. seruan-Nya aku  tidak endahkan ketika itu.

   Alhamdulillah.. Tuhan menitiskan embun Hidayah-Nya kepada ku. sehinggakan aku mula berfikir. >>>>"Sampai bila aku nak jadi macam nie.?"<<< bukan aku tidak cuba mencari cahaya-Nya. Bahkan aku mulai takut sebaik sahaja mendengar tazkirah Ustazah tentang hari kiamat dan pembalasan di sekolah Menengah dulu.

   suatu hari, aku pernah di buli oleh kaum Adam semasa di dalam kelas. di situ aku mula rasa kan maruah ku mula di pijak -pijak. ketika itu, aku mula menangis, menjerit. tiada siapa pun yang perduli. hanya segelintir yang mengambil berat ketika itu. selepas pulang dari sekolah, aku meluahkan segala-galanya kepada Mak. Mak tempat aku mengadu. Mak ibarat kawan yang setia ketika itu.

   Dulu. Mak pernah sarankan aku masuk sekolah Agama selepas tamat sekolah rendah. tapi.. Aku degil. Nak juga ikut kawan-kawan. hasilnya... aku sendiri jahil tentang agama. aurat ku entah kemana. solat pun aku tinggal. Masya-Allah. 

   " Dibah nak masuk sekolah Agama." aku menyuarakan hasrat itu ku kepada Mak. masa tu.. aku cuma fikir nak lari daripada kena buli saja. tak terfikir pun nak belajar agama. 

   Mak usaha masukkan aku ke sekolah agama. walaupun aku tiada basic bahasa Arab, aku tetap juga dengan pendirianku. aku masih ingat lagi, pergorbanan Mak  ketika itu. Akhirnya aku berpindah ke sekolah Agama. masa tu aku berumur 14 tahun. di sebabkan tiasa basic bahasa Arab, aku terpaksa turun ke tingkatan 1. 

   sedikit demi sedikit, aku mula tetarik untuk mendalami ilmu agama. aku mula jatuh cinta dengan Agama ku. aku mula belajar membaca kalam suci. waktu tu, tajwid tungang langang. bacaan tak sempurna. malu aku bila di suruh membaca.

  pencarianku tidak berhenti di situ sahaja. aku belajar menghafaz hadith. banyak guru yang mendorong. ku akui, ingatan ku sangat lemah. tapi, semangat ku mula berkobar-kobar. 

     Aku mula menutup Aurat. aku tak mulakan penghijrahan ku ini secara mendadak. biar permulaan ini berlaku dengan perlahan-lahan. pada mulanya, rimas juga bertudung labuh. panas lah, kolotlah dan sbgnya. tapi, hakikatnya itulah yang melingdungi aku daripada azab api neraka.

    Di sekolah Agama, aku ada seorang sepupu. Kami rapat waktu tu. masa di asrama, aku tak ada sapa-sapa melainkan sepupu aku.dia muda setahun dari aku. dia cantik. di sekolah, dia menjadi tarikan budak-budak lelaki. 

   rutin harian selepas habis sekolah, semua pelajar di wajibkan berjemaah di surau. Pada waktu petang, selepas asar kami beramai-ramai membaca mathurat. ketenangan yang ku rasakan setelah itu. betul cakap orang, penangan sekolah agama sangat luar biasa. tarbiyah bak seharum kasturi menyuluh iman.

   masa di sekolah, aku mula minat dunia penulisan. mula-mula tu, suka-suka saja. tapi, lama-lama, dah sebati dengan jiwaku. aku minat penulisan. semasa sekolah juga aku pernah menyertai persatuan bahasa Melayu. sesuai sangat dengan namaku. (ADIBAH) Dalam bahasa Arab, Adib bermaksud sastera. 

    lima tahun aku menuntut ilmu di Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak. dengar sahaja nama sekolah, pasti ada yang menyangka ia sekolah pondok.Ya! aku tak malu mengakuinya. kerana di situ aku mula menemui Hidayah-Nya. meskipun sukar. macam-macam benda dah berlaku pada aku sepanjang hidup ku.

   aku tidak salahkan sesiapa jika hidup ku sebelum ini yang penuh dosa. kerana aku yang memilih jalan yang berliku seperti itu. semuanya ada hikmah. bila di fikir-fikirkan balik, ada baiknya aku di buli. jika aku tak kena buli masa tu, aku tak mungkin berpindah ke sekolah Asrama. Aku mungkin tak menutup Aurat. dan aku mungkin tak tahu tentang Agama ku.

   Bersyukur.

   Alhamdulillah. Allah sentiasa di hati.


No comments:

Post a Comment