Friday, November 16, 2012

MYCAMP

     Assalamualaikum..
    Alhamdulillah..
  Diari Madena masih di sini. bernafas kerana izin TUHAN yang menciptakan langit dan bumi. subhanallah. tak terhitung banyaknya nikmat Kurnian Allah kepada kita. daripada episod sebelum ini, banyak ku kongsikan pengalaman aku bergelar Mahasiswi di sebuah Kolej.
     tapi, hari ini aku ingin kongsikan pengalaman berharga ku sepanjang cuti semester. hari-hari ku, ku isikan dengan menyambung kembali penulisan ku yang tertangguh. sebenarnya penulisan karya ku Saat Kau Halal Untukku aku merealisasikan ia menjadi Novel. novel Islamic pertama aku. Mungkin kedengaran tajuknya seperti Novel cinta. tapi, sebenarnya ia adalah sebuah Novel yang aku selitkan unsur keagamaan, kekeluargaan dan percintaan.
    aku tak nak cerita panjang mengenai Novel ini. tapi, aku teruja ingin berkongsi satu pengalaman yang tak dapat ku lupakan. okkk... tarik nafas>>>>` lepas~~~.. pastikan anda tarik nafas melalui hidung dan melepaskannya melalui mulut. heheheh...
   pada 9 November 2012..
   seorang sahabat yang ku kenali semasa aku masih dalam pengajian ku di Kolej menghubungi ku. katanya seperti ini " Assalamualaikum.. dibah nak Join MYCAMP x??" muqadimmah permulaan sahabatku.
    "walaikumsalam..MYCAMP? ada pengisian apa, dilah.?" tanya aku.
   " Ada pengisian  rohani. lepas tu ada jungle trakng, BBQ, permainan sikit. nak join x?"sekali lagi sahabatku bertanya. aku mula memikirkannya..' hmmm.. best juga ni.' hatiku mula berkata-kata.
   aku tidak terus memberikan jawapan. sebaliknya aku minta di beri masa untuk berbincang dengan Family. pada mulanya mak dan ayah tidak keberatan melepaskan aku pergi. tetapi sebaik sahaja mengetahui kami bertolak ke kem itu pada sebelah malam, mak mula risau. aku tak salahkan mak. aku tahu, seorang mak pasti mahukan anak-anaknya berada dalam keadaan selamat.
    Ayah siap suruh ambil gambar bas lagi...huhuhu.. aku di soal itu dan ini oleh mereka. first question. 1) anjuran mana.? 2 pergi dengan siapa.>> dugaan.. macam persalah menunggu masa untuk di hukum.
    Alhamdulillah. aku pergi dengan selamat. sampai saja di Camp tu, aku bagaikan makluk asing di kalangan mereka. tak kenal sesiapa pun, Kecuali Adilah bt Jais. aku agak pemalu sebenarnya. bila lalu saja depan mereka, aku tunduk. heheheh. mereka semuanya terdiri daripada pelajar UNIMAP. dan semua perempuan.
   ohh.. lupa pula aku nak beritahu nama kem ni. kem ni namanya kem perit. huhuhu.. dekat sangat dengan rumah aku. bukan jarak yang menjadi alasan aku ke sana. tetapi, aku terlalu dahagakan rohani. dan aku terlalu rindukan semangat ukhuwah.
   hari pertama aku di Kem perit masih lagi seperti makluk asing yang tidak mengenali sesiapa. sesekali ada juga aku senyum. senyuman sebagai tanda perkenalan. seawal 4 pg kami di kejutkan untuk berqiamullai. ~~~ jam 6 pg solat subuh berjemaah. ~~~7 pg bersenam.~~~8pg  makan pagi.. lepas tu solat Dhuha.
   aktiviti mencabar ketahanan.
   semua orang tidak melepaskan perluang melakukan aktiviti lasak. seperti FLYING FOX, OBSTACLES, dan sebagainya. time giliran aku. aku mula garu kepala yang tak gatal. huhuhu.. nak kena buat ka.?? sahabat-sahabat baru memberi aku semangat... huh! aku sahut cabaran mereka.
    siapa sangka. aku berjaya juga melakukan aktiviti lasak seperti itu..
   selepas aktiviti pertahanan fizikal, kami di bahagikan kumpulan. dalam kumpulan kami bermain permainan dalam Kumpulan. di situ ukhwah kami bak bunga yang mekar. berkerjasama dalam kumpulan antara pengalaman yang tak dapat di lupakan
   sebelah malam sedikit pengisian dan tazkirah selepas solat maghrib berjemaah. di ikuti taaruf selepas isya'. bermula pada malam itu, aku mula merasakan keserasiannya.
   tepat jam 12 malam semua masuk dorm tidur. kerana jam 4 pg kena bangun berqiam pula. sebenarnya, kem macam ni juga dapat melatih aku yang liat berqiam.heheh..opp!! kantoi sudah..
   keesokan pagi.. aktiviti macam biasa. tetapi selepas solat sunat Dhuha. kami ada aktiviti jungle trakng..huhuhu..
   menurut Komander kami, kami bakal melalui kawasan yang berliku dan penuh dengan cabaran. tergambar di mindaku ketika berjungle trakng di tasoh lake resort setahun yang lalu. huh! aku boleh! mengingati detik itu, semangat ku terus membara untuk menyaksikan ciptaan Allah yang luar biasa.
    semua orang tanya aku." Boleh ke tak.?" aku hanya bertawakkal kepada Allah.insyaAllah.. aku boleh. sekali lagi kami di ingatkan supaya berhati-hati. kerana ktinggiannya yang luar biasa.
    belum lagi mendaki, aku sudah semput. adus... dengan semangat ukwah, aku berjaya sampai ke puncak. subhanallah.. sungguh luar biasa. keindahan Allah tidak dapat di ungkapkan dengan kata-kata. setelah bergambar di pucak, kami pun turun untuk pulang ke KEM.. tiba di satu bukit yang agak tinggi, kami di minta turun bukit itu seperti gaya OBSTACLES. ketika aku memaut pada tali, tangan aku tidak kuat. badan ku tidak dapat di seimbangkan. serta merta, badanku mengelunsor jatuh dalam keadaan meniarap dari ketinggian yang luar biasa.astaghfirullah.. badan ku lembib. aku berada dalam keadaan trauma saat itu.
   sahabiah mula menenangkan ku. memberitahu aku supaya banyak mengingati Allah. saat itu, aku hanya ingat Allah. aku sangkakan aku sudah tiada lagi di dunia ini. rupa-rupanya, Allah memberi aku kesempatan untuk mencari lebih banyak Hikmah dan Hidayah-Nya. Alhamdulillah.
   selepas Jungle trakng. aktivitikendiri.. bersiap-siapkan diri. kemudian kami melakukan aktiviti memasak. masak dalam kumpulan. antara aktiviti yang menarik.kumpulan aku di tugaskan memasak sadin. dan kumpulan lain masak nasi dan sayur.    dalam masa itu juga kami berkemas barang-barang untuk pulang. selepas makan, kami semua menaiki bas untuk pulang.
 

No comments:

Post a Comment