Thursday, October 18, 2012

frasa baru

         Assalamualaikum ..
    Gerak tangan ini tidak bisa berhenti untuk bertinta. seperti hangatnya perasaan remaja aku saat ini. segala puji selayaknya untuk Pencipta. ku panjatkan rasa syukur ini kepada Allah. Hanya Dia yang lebih pastas.
   Di setiap nafas ku,
   denyutan nadi yang sentiasa berdenyut,
   menzahirkan rasa syukur.
  Tidak sabar rasanya untuk melangkah ke frasa seterusnya. melengkapkan diri sebagai Khalifah di bumi Allah ini. segala kekurangan akan aku jadikan ia sebagai didikan diri yang membina.
   Aku ingin menjadi seorang siswi yang mempunyai wawasan yang bukan hanya sekadar bercakap tanpa melakukan sesuatu.
   Jika hari ini aku bisa bercakap dan tidak bertindak. bagaimana agaknya aku di masa hadapan.?? dapatkah aku berbakti kepada masyarakat.??
   Aku baru menempuh ujian dunia yang menguji apa yang aku pelajari sepanjang aku bergelar siswi. Alhamdulillah.. Aku baru sahaja menamatkan sem 4. semua di atas rahmat dan kebesaran-Nya. Ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. sejuta terima kasih ku ucapkan kepada Pensyarah-pensyarah yang membantu. terutama sekali kepada Ustazah Azizah Ibrahim dan Ustaz Nasir Awang.
   Tidak ku lupakan juga kepada  mentor ku di asasi. iaitu Ustazah Fadhlina yang sentiasa memberi kata-kata peransang. aku masih ingat kali pertama bertemu dengan insan yang tidak lekok dengan kata-kata peransang. Kata-kata Ustazah menjadikan aku seorang yang sentiasa ingin mencari.
   Biar kita jadi orang yang tak tahu, tapi jangan kita pura-pura jadi orang yang tahu. kerana kalau kita tak tahu kita akan bertanya. buat apa pura-pura tahu. sedangkan hakikat sebenarnya kita tak tahu.
   memang pening dengan kata-kata ini.
   perasaan cemburu bertandang di saat melihat photo-photo sahabat asasi ku di bumi Masir dan juga Jordan. hati ini berteriakkk ingin ke sana suatu hari nanti. tentu saja impian menyambung pelajaran ke sana menjadi impian Siswi seperti aku.
   Jika di izinkan Allah, aku ingin ke sana suatu hari nanti. YA! AKU PERLU SIAP DARI SEKARANG.

No comments:

Post a Comment