Sunday, September 2, 2012

cinta high class

      aku masih dalam proses untuk menghabiskan bacaan ku dalam hasil karya terbaru Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi iaitu cinta High class. ketika keasyikan menelan sebaik mungkin ilmu daripadanya, teringat pula nak update blog ini.
      Banyak manfaat yang boleh diambil daripada buku ini. sebagai manusia biasa aku perlu melalui zaman remaja ku. dan aku kira setiap manusia juga akan melaluinya. dalam proses membesar dan mengenal erti kehidupan ini, aku harus di bekalkan dengan ilmu.
     memang susah jika hidup tanpa ilmu. aku ingin menjadi seorang gadis yang berilmu dan berakhlak mulia. bak kata Fatimah Syarha 'High Class'. bukan untuk menjadi tarikan atau untuk menujukkan diri lebih baik di mata manusia. tetapi, itu impian aku untuk mendekati Allah. impian sejak aku menerima hidayah beberapa tahun lalu.
    Buku ini sedikit sebanyak membantu aku menjadi gadis High Class. aku bukanlah seorang yang baik, tapi fitrah semulajadi ini yang mahukan kebaikan. aku cintakan kebaikan!.
    semamangnya buku ini ada menyentuh bab hati dan perasaan . Fitrah manusia ingin menyayangi dan di sayangi. tapi, mampukah hubungan sebelum menikah itu menemuai titik kebahagian.? adakah setelah menikah adalah ending sebuah cerita cinta.? aku menemuai jawpan kepada soalan yang bermain di fikiranku selama ini. fantasi atau rialiti,? hakikatnya aku bukan di alam fantasi. aku sebenarnya terperangkap dalam khayalan ku. sedangkan jasadku di alam realiti. nauzubillah.
     Aku cuba menjauhi perkara-perkara yang menghampiri zina. contohnya, dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Alhamdulillah aku mampu menjaga batas pergaulan ini. tetapi, hati aku.? adakah hati aku terpelihara daripada zina.?? zina hati. benda berkaitan kerosakan hati yang paling aku bimbangkan.
     Aku mula melazimi beristighfar seperti yang di ajarkan oleh kekasih Allah iaitu Rasul S.A.W. . Meskipun nabi kita maksum dan terpelihara daripada dosa juga memohon ampun kepada Allah.
     sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, " Sesungguhnya tertutup hatiku, dan sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali." (Riwayat Muslim)
    pengubat hatiku..zikrullah yang bukan sahaja menghapuskan dosa, malah tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran.
    Bersabda nabi dalam satu Hadis riwayat Ibnu Majah, " Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya) , bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak."
    Meskipun situasi agak berbeza. tetapi, ada sedikit persamaan antara kisah aku dan hasil karya pasangan barakah tersebut.
    Dalam usaha menjauhi zina. aku di uji dengan usikan sahabat-sahabat rumah sewa membuatkan aku berehendakkan fitrah seperti ingin segera bernikah. tapi, aku sedar. bukan saatnya aku mengakhirinya dengan pernikahan .
     Aku ingin mengakhiri fitrah dengan tepat dan selamat.( tepat) adalah setelah aku selesaikan tamat pengajian aku dalam ijazah sarjana muda. selamat adalah aku mengakhirinya jauh daripada dosa dan noda...
    siapa pun bakal mujahidku...
   Bukan parasnya yang ku impikan.
   agama adalah NO1.. barulah cinta high class..


 Terima kasih buat pasangan barakah Puan Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi kerana inspirasikan buku ini sebagai teladan kepada remaja yang masih tercari-cari erti cinta yang sebenar di sisi syarak..
   

No comments:

Post a Comment