Wednesday, August 15, 2012

       seperti yang dirancang, Ashaaf merisik Kurnia melalui perantaraan umi dan abinya. Ashaaf menanti dengan penuh sabar di rumah. Hati tak menentu sejak umi dan abi mula bertolak dari rumah tengah hari tadi.
      Ashaaf sempat membaca doa bagi mengusir perasaan gundah gulana ini. sesekali kedengaran hembusan nafas halus yang segaja di hembuskan bagi menghilangkan perasaan resah.
     Setelah beristikharah selama tiga malam berturut-turut menguatkan lagi hati Ashaaf  untuk menjadikan Kurnia yang halal baginya.
    Apa pun jawapan di pihak perempuan, Ashaaf terima dengan hati yang lapang. Ashaaf tidak mahu terus memaksa.
    Enjin kereta abi kedengaran di halaman rumah. Ashaaf bingkas bangun menuju keluar daripada rumah.
       Hajah Kasmah mengeleng sebaik sahaja melihat putera sulungnya sudah berdiri tegak di beranda rumah. inilah kali pertama dia melihat putera sulungnya bersungguh-sungguh mahu mendirikan rumah tangga.
      Hajah Kasmah berasa lega kerana Kurnia pilihan putera bujangnya. sesiapa sahaja akan terpesona dengan kelembutan dan budi bahasa yang di miliki gadis tersebut. Namun, apa yang merisaukan, bagaimana jika Kurnia belum bersedia untuk berumah tangga.? persoalan itu mula bermain di minda.
      " Assalamualaikum.. tak sabar nampaknya anak abi." Haji Deraman sengaja mengusik Ashaaf yang kelihatan seperti tidak sabar lagi.
      Ashaaf menjawab salam. Usikan abi, membuatkan Ashaaf malu sendiri. Ini adalah kali pertama dia merisik seorang gadis untuk di jadikan isteri.
     " Macam mana.?" Soal Ashaaf sebaik sahaja kedua ibu bapanya melabuh di atas sofa empuk.
     " Kurnia baru masuk belajar semula. Eloklah kita beri masa di pihak perempuan  untuk memberi jawapan."
     Ashaaf menganguk tanda mengerti dengan khabar yang di sampaikan orang tuanya. Hatinya berasa lega kerana hasrat hati sudah sampai kepada pihak perempuan.
   

No comments:

Post a Comment