Friday, August 10, 2012

Mujahid Perjuang Agama.

Wahai Mujahid perjuang Agama,
Teguhkan iman dan TAKWAmu hanya kepada yang Rabb,
kerana itu menjanjikan FIRDAUSI buatmu.

Wahai bakal Mujahid pejuang agamaku,
siapa pun kamu,
aku tetap menantimu,
demi agama,
aku menantikannya dengan penuh kesabaran.

Wahai Mujahid,
Dirimu kelak menegakkan ideologi islam,
memayungi setiap bahtera islam dengan kalimah suci-Nya.

Mujahid yang dirahmati oleh Allah,
dirimu adalah,
selembut hatimu,
segagah perjuanganmu,
sentiasa merindui SYAHID dijalan-Nya.

Yakinlah, perjuangan mu tiada penghujungnya,
sehingga titisan darah yang terakhir,
menjadi saksi kepada cinta teragung.


No comments:

Post a Comment