Friday, August 10, 2012

      BAB 15
   
        " Assalamualaikum, Umi." Ashaaf memberi salam setelah menjengah ke dapur. kerusi makan di tarik pelahan sebelum melabuh di atasnya.
         " Waalaikumsalam. Ashaaf nak makan.?" tanya Hajah Kasmah sebaik sahaja menyedari Ashaaf asyik memerhatinya menyediakan sarapan.
         " Tak apalah, Umi. Ashaaf nak tunggu Abi balik daripada kebun dulu." seperti kebiasaan, makan bersama dengan keluarga lebih bermakna.
         " Selepas makan nanti, boleh tak Ashaaf tolong hantarkan sedikit makanan untuk Hadi dan adik-adiknya.?" Soal Hajah Kasmah memandang tepat kepada Putera yang di kasihinya.
         " Insya-Allah, Umi. Umi.. Ashaaf ada perkara nak di bincangkan dengan Umi dan Abi. Tapi sebelum tu Ashaaf nak minta pendapat Umi." Ashaaf mula membuka hasrat hatinya.
         " Apa Ashaaf?" Soal Hajah Kasmah penasaran.
         " Ashaaf ingat selepas Ma'had siap, Ashaaf nak menikah." Akhirnya Ashaaf berani menyuarakan hasrat hatinya .setelah beberapa hari memikirkannya.
         "Alhamdulillah. akhirnya, kamu terbuka hati untuk menikah. Kamu dah ada calon yang sesuai ke.?" Soal Hajah Kasmah.
         " Apa pendapat Umi tentang Kurnia.?" Ashaaf bertanyakan pendapat uminya.
         " Pada pendapat umi, Kurnia seorang gadis yang baik. Berdikari dan lemah lembut. yang penting, dia seorang yang menghormati orang tua. Kalau dia pilihan kamu, umi setuju sangat."
         Ashaaf mengucap syukur kerana uminya setuju dengan pilihannya. Persetujuan Abinya menguatkan lagi pilihan yang di buat.

No comments:

Post a Comment