Thursday, August 9, 2012

         Bilik mereka seakan senyap sepi. Kebanyakan Mahasiswa/wi lebih suka menghabiskan masa di perpustakaan , dan ada juga yang beriktikaf di Masjid dengan aktiviti agama pada hujung minggu sebergini.
         Kurnia dan Shuada lebih suka menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajaran bersama. setelah mengulangkaji, Kurnia terdetik untuk menunjukkan SMS Azlan kepada Shuada.
        Melopong Shuada sebaik sahaja membaca SMS yang dihantar Azlan kepada Kurnia  semalam. .  SMS itu seperti mengharapkan cintanya berbalas. Sangkaan Shuada, Azlan adalah pemimpin yang di segani dalam badan dakwah dan tahu batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kerana, setiap kali bertembung atau berjumpa dengan kaum Hawa , dia hanya menundukkan pendangan.
           " Habis tu.? kau balas tak SMS dia.?" soalan pertama yang keluar daripada mulut Shuada sebaik membaca ayat ringkas pada skrin telefon bimbit milik Kurnia.
           Kurnia hanya mengeleng bagi menjawab soalan yang di ajukan oleh Shuada. Baginya, itu bukan cara perkenalan yang dianjurkan dalam islam. 
           " Lelaki baik macam tu pun, kau tolak.? Kau nak yang macam mana lagi, cik kak oi..."
           " Bagi aku redha Allah nombor satu. Buat masa sekarang aku nak mengejar ilmu dulu. Tapi, jika suatu hari nanti Allah menghadiahkan aku seorang imam dalam rumah tangga, biarlah kerana agamanya. aku tak nak dengan hubungan sebelum nikah membawa kesan yang tidak baik. Kesannya bukan kepada aku sahaja, bahkan bakal zuriat aku nanti."
            " Wah! kagum aku dengan kau. patutlah, Azlan boleh menyimpan perasaan dekat kau. Kau bukan saja cantik. Tapi mempunyai pendirian yang tegas. Aku pun dah tak nak bertunang lama-lama lah. "
             " Arwah Abah aku selalu berpesan. Akan hadir putera agama dalam diri setiap wanita yang solehah. Hadirnya putera agama, Allah menampakkan sesuatu yang istimewa kepada setiap wanita yang  solehah kepada putera agama. Bukan kecantikan Allah memperlihatkan kepada putera agama. tetapi, keimanan dan ketakwaan wanita solehah kepada Allah. Baguslah kalau kau pilih untuk mempercepatkan pernikahan. " Kurnia menegaskan kata-kata arwah abahnya.
             " Aku pun pernah mendengar Allah berfirman. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik."
             " Betul tu. sebab tu kita kena mensolehkan diri kita dulu. Insya-Allah Allah  Maha pemurah lagi Maha penyayang tidak pernah melupakan hamba-Nya yang bertakwa."
             Perbualan mereka terhenti, sebaik sahaja pintu bilik diketuk dari luar. mereka saling berpandangan sebelum Shuada bingkas menuju ke pintu.
            Sebaik sahaja membuka pintu Shuada memperlawa tetamu mereka masuk. Fauziah atau Gee, dari bilik sebelah datang mengunjungi mereka.
            " Ada apa Gee .? ada Gossip terbaru ke.?" Soal Shuada agak langcang.
            Gee terkenal dengan sikap suka bergossip.
            " ish.. tak baik bersangka buruk kepada orang lain. ada apa Gee?."
        

No comments:

Post a Comment