Thursday, August 9, 2012

      sekembalinya Kurnia ke asrama Raudhah di sambut baik teman-temannya . Ada yang mengucapkan takziah di atas kepergian ibu tercinta. ketua asrama Raudhah, kakak mughfirah mencadangkan majlis tahlil dan bacaan Yassin di adakan malam ini.
     cadangan itu juga di sambut baik rakan-rakan yang lain. Kurnia terharu dengan kebaikan yang di taburkan sahabat-sahabatnya. Terima kasih semua.
    Malam itu Masjid University bergema dengan bacaan tahlil dan Yassin. Bacaan Yassin itu di ketuai oleh ustaz Nasir. ustaz Nasir yang juga merupakan  pensyarah dan juga merangkap ketua badan Dakwah universiti yang disertainya sebulan yang lalu.
     seusai bacaan Yassin, Kurnia di beritahu ada sedikit sumbangan untuknya daripada pihak universiti. terkejut , kerana sumbangan di sampaikan sendiri oleh ustaz Nasir. selepas mengucapkan terima kasih, pensyarah  itu memberikan kata-kata semangat.
     kata-kata semangat daripada pensyarahnya yang soleh membuatkan Kurnia kembali bersemangat untuk mencari selautan ilmu.
    " ustaz Nasir ambil berat betul kepada pelajar-pelajarnya." saleeza yang pulang bersama Kurnia dan Shuada bersuara tiba-tiba.
    " Agaknya ustaz kita tu dah berkenan dengan cik Kurnia kita ni." telahan Shuada memang tidak masuk akal. hampir sahaja Kurnia mahu mencubit pipi gebu sahabatnya.
    " ishh.. apa pulak, kau ni. ustaz tu suami orang."
    " apa pulak suami orang. aku dengar ustaz dah setahun menduda. isteri dia meninggal semasa melahirkan anak bongsu mereka. tu la , asyik menelaah buku saja. sampaikan isu semasa pun kau tak ambil tahu."
     " Betul, Kurnia. Aku dengar sampai sekarang dia tak kahwin-kahwin sebab masih sayangkan arwah isteri dia." sampuk Saleeza yang sedari tadi hanya mendengar.
    " Manalah tahu mulut aku masin. satu hari nanti dapat kau kahwin dengan duda anak 2. muda-muda lagi kau dah bergelar ibu." Shuada tidak habis-habis mahu menyakat sahabat baiknya.
    " Anak-anak ustaz comel-comel. kedua-duanya perempuan. yang sulung namanya Aizatul zahra. Yang kedua namanya, sumayyah." Saleeza teruja menceritakan perihal pensyarah mereka.
     " Amboi.. semua kau tahu. Kalau macam tu, kau sajalah yang jadi isteri ustaz . lagi pun kau tu ada sifat keibuan."
    Saleeza tersipu malu dengan kata-kata Shuada. Kelihatan kemerahan pada wajahnya membawa maksud yang tersirat. Shuada memandang Kurnia lalu mereka melirikkan senyuman memahami maksud yang tersurat pada wajah Saleeza.
     patutlah beriya-iya menceritakan perihal ustaz. Rupa-rupanya ada menyimpan perasaan kepada duda muda itu.
    Mereka melangkah ke asrama yang terletak bersebelahan dengan tasik. Suasana tasik agak lengang saat ini. menunjukkan semua mahasiswa/ wi  yang baru pulang dari masjid sedang sibuk menelaah buku di dalam bilik masing-masing.
    Belum sempat Kurnia membuka buku, telefon bimbitnya berdering menandakan ada SMS yang baru masuk.
     Tersentak hati Kurnia menerima SMS daripada nombor yang tak di kenali. pada mula, malas juga mahu melayan. tetapi, ucapan takziah membuatkan Kurnia merasa di hargai.
     Beberapa minit kemudian deringan telefon bimbit kembali berdering. di sangkakan SMS itu hanya berakhir di situ. rupa-rupanya..
    " Maafkan ,ana. Nama ana Azlan. ana dah lama meminati ukhti Kurnia dalam diam. Maafkan, ana kerana terburu-buru menyuarakan hasrat hati. Bila ana dapat tahu ibu enti pergi mengadap ilahi, ana simpati. ana harap enti dapat menyambut salam perkenalan daripada ana. "
   Masya-Allah. Hampir menyesakkan nafas. Azlan? . Pemuda warak yang sering menyubang kepada badan Dakwah itu kah.?. hilang rasa hormatnya kepada pemuda itu saat ini. Pemuda yang banyak menyumbangkan idea dan tenaga dalam badan Dakwah di Universitinya.
    Kurnia mengabaikan SMS yang di rasakan tidak wajar di balasnya. bukankah dirinya kini Mahasiswi.? mengapa perlu hanyut dengan SMS sebergitu.
    Kurnia mengamati lama telefon bimbit yang di hadiahkan oleh abangnya sebelum kembali ke sini. telefon bimbit ini perlu di gunakan dengan sebaik mungkin. Jika di salah gunakan, kelak akan melaghakan.
    Kurnia membelek-belek nota yang selama dua minggu dia tidak menghadiri Kuliah. Nasib baik Shuda ada.
    Semua nota yang di berikan Shuda kepadanya petang tadi di salinnya satu- persatu. Dia tidak mahu ketinggalan di dalam pelajaran.
    Setelah menyalin kesemua nota-nota kuliah, Kurnia membaca surah Al-Mulk sebelum masuk tidur.

     
   

No comments:

Post a Comment