Friday, August 3, 2012

 
   BAB14

      Dengan rasa berat hati, kurnia melipat pakaian untuk di masukkan ke dalam beg. seawal esok pagi dia bakal pulang ke Asrama. selepas ini,dia bakal merindui adik-beradiknya di kampung . Namun, masih ada amanat yang perlu dibereskan.
    Amanat sebagai hamba kepada Tuhan yang Esa dan juga amanat kedua arwah ibu dan bapanya. Kurnia perlu bersemangat kembali demi mencari butir-butir mutiara yang amat berharga. Meskipun tidak berharta, ilmu adalah sesuatu yang bernilai baginya.
    Pada mulanya, Kurnia hampir karam dengan pukulan ombak. hampir sahaja dia tidak mahu menyambung pelajranya kembali. dengan desakan Abang Hadi, Kurnia terpaksa akur. Kurnia memasukkan pakaian yang selesai dilipat ke dalam beg .
    " Kurnia jangan bimbang soal adik-adik. InsyaAllah, selagi abang masih hidup abang tidak akan membiarkan adik-adik hidup dalam kesusahan lagi. itu janji abang."
    masih tergiang-giang kata-kata abang Hadi seusai kembali dari berjemaah di surau. Malam ini mereka semua berjemaah di surau . kerana ada tazkirah yang disampaikan oleh ustaz Ashaaf selepas maghrib tadi.
    intipati yang cukup menarik. Ashaaf semakin di kenali di dalam kampung itu sebagai seorang pemuda yang handal menyampaikan ceramahnya.
    Tajuk Ceramah 'Demi masa' menjadikan iktibar kepada setiap jemaah yang hadir. ada antara anak muda kampung sudah mula ke surau.
    Kurnia menjadikan ustaz Ashaaf sebagai contoh ikutan yang terdekat selain daripada mencontohi ikutan kekasih Allah yang mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang amat dirinduinya..
    setelah selesai mengemas pakaian, Kurnia mengambil wudhuk. doa di baca sebelum Kurnia melayari alam mimpi..
 

No comments:

Post a Comment