Monday, July 30, 2012

   setelah tertiduran  seusai berjemaah di surau tadi, Ashaaf bangun daripada tidurnya. sejak di Mesir lagi Ashaaf membiasakan diri bangun untuk mengerjakan ibadah sunat. seusai solat sunat tahajjud , Ashaaf meminta pertunjuk pula melalui solat sunat istikharah. Entah mengapa sejak pulang ke tanah air dia merasakan ada sesuatu yang menganggu fikirannya.
    Pernah Ashaaf bermimpikan sesuatu yang aneh. Dia sendiri tidak pasti dengan mimpi yang di alaminya. sebentar tadi, dalam tidurnya yang sejenak dia bermimpikan sedang mengazankan dan mengiqamatkan  seorang bayi yang kelihatan bersih wajahnya. pertunjuk Allah itu pertunjuk yang terbaik, dan Allah lebih mengetahui apa yang tersurat dan apa yang tersirat. seusai beristikharah, Ashaaf menikmati kebesaran Allah.
    Rasa cinta kepada Sang Pencipta tidak kurang sedikit pun. di dalam dasar hatinya, Ashaaf sentiasa berdoa agar Allah menetapkan hatinya .
    "Kamu belum tidur.?"
    suara Abi menyapa halus telinganya. Ashaaf menoleh memandang abinya, lantas senyuman di ukir daripada bibirnya yang sentiasa tenang.
    "Belum. nak ambil udara segar sekejap. Abi baru lepas bertahajud ke.?" Ashaaf merapatkan tubuhnya pada dinding kayu usang beranda rumah mereka.
    Anggukan Abi memberikan jawapan. Abi tidak pernah meninggalkan tahajjud , hatta ketika mengalami keuzuran sekalipun. Hal ini menjadikan Ashaaf lebih beristhiqamah untuk bertahajjud.
     " lepas Isyak tadi, Hadi ada datang. Abi tak sampai hati nak kejutkan kamu daripada tidur."
     " iye?. Maaflah abi, Ashaaf mengantuk sangat tadi. Ada apa Hadi datang kemari.?"
     " sebelum ini Ashaaf ada tanyakan tanah yang bersebelahan dengan Ma'haad Ashaaf tu kan.?"
    soalan yang di ajukan tidak dijawab oleh abi. sebaliknya abi mengingatkan kembali persoalan yang pernah di tanyakan kepada abi sebelum ini.
     Ashaaf menganguk kan kepalanya. menanti dengan penuh sabar apa yang bakal meniti di bibir abi.
    " Tanah bersebelahan tanah kita adalah tanah arwah pak cik Musa. Arwah minta abi jaga tanah tu, selagi yang berhak mendapatkan haknya."
    " Maksud abi.?" Ashaaf kurang mengerti dengan kata-kata  abi sebentar tadi.
    " Tanah itu, abi di minta untuk menjaga sahaja. Abi dah kembalikan hak anak-anak pak cik Musa."
    Ashaaf sudah mengerti dengan maksud kata-kata abi sebentar tadi.
    " Hadi datang mahu mewakafkan tanah itu kepada kita. katanya, mahu mendirikan sebuah Masjid bersebelahan dengan Ma'haad Ashaaf."
    " Alhamdulillah.. akhirnya termakbul juga doa, saya." Ashaaf memanjat syukur." Maafkan saya,abi.  sebenarnya, tujuan saya bertanyakan tanah tu sebab saya memang ada berniat mahu mendirikan masjid bersebelahan Ma'haad kita tu. Allah dah makbulkan doa saya."
    " Abi serba salah sangat bila kamu beriya-iya bertanyakan tanah tu sebelum ni. jadi abi ambil jalan untuk tidak menjawab soalan kamu. abi pun patut minta maaf."
    senyuman masih tidak lekang dibibirnya. kegembiraan ini di rasakan bergitu bermakna. kerana doa di makbul Sang Pencipta. 

   
   

No comments:

Post a Comment