Thursday, July 26, 2012

     senja sudah melabuhkan tirainya . seusai solah magrib berjemaah , Hadi langsung mendapatkan fail yang berisi geran tanah yang di serahkan kepadanya petang tadi.
   Kurnia kebingungan sebaik sahaja melihat fail di tangan Hadi . hasrat ingin bertanya di matikan sebaik sahaja Hadi duduk berhadapan dengan mereka berempat.
   " Di tangan abang ada satu geran tanah di dalamnya . Arwah Abah amanahkan kepada Haji Deraman untuk menjaganya. Abang perlukan pandangan adik-adik semua . apa yang perlu kita lakukan dengan tanah yang berada di hujung kampung.?"
 Mereka hampir tidak mempecayainya , Arwah Abah meninggalkan harta untuk mereka. Musa hanya bekerja sebagai pembantu di kebun Haji Deraman.
   Bila di fikirkan, memang boleh di terima dek akal. Arwah abah sememangnya seorang yang rajin. berjiwa kental dan bersemangat waja.
    " Apa pendapat abang pula.?" Kurnia tidak mengutarakan pendapatnya, sebaliknya bertanyakan pendapat abangnya terlebih dahulu. sebagai anak sulung di dalam keluarga, abang lebih tahu apa yang terbaik untuk mereka.
    " Tanah Arwah Abah berdekatan dengan Ma'haad yang bakal di dirikan oleh ustaz Ashaaf dan sahabatnya . Abang cadang mahu mewakafkan sahaja tanah itu untuk mendirikan sebuah masjid . Apa pandangan kamu semua.?"
    " Abang anak sulung dalam keluarga ini. Saya rasa cadangan abang itu ada baiknya. jika Arwah abah dan mak masih ada, tentu mereka setuju dengan cadangan abang." Zarif pula bersuara . Namun suara seakan terlekat dihujung rengkung apabila menyebut nama ibu dan ayah tercinta.
    " Masih ada yang mahu bagi pendapat.? soffi, shauqi, atau Kurnia.?"
    mereka mengeleng hampir serentak . cadangan itu di kira bernas. Pasti ada keberkatan di sebalik niat baik mereka.
    "kalau bergitu. abang akan uruskan tanah itu dengan Haji Deraman dan anaknya. "
     perbincangan mereka bersurai. mereka membuat hal masing-masing. Kurnia sibuk menyediakan makan malam. manakala , Zarif sedang menalah buku pelajaran untuk menghadapi peperiksaan esok pagi. Hadi pula mengajar dua orang adik kembarnya membuat kerja rumah yang di berikan.
  

No comments:

Post a Comment