Monday, July 16, 2012

    BAB 13


    Hampir seminggu Arwah mak cik Esah pergi meninggalkan mereka. setiap pagi, kurnia tidak lupa menziarahi kubur ibunya yang kelihatan masih merah. Gadis itu tampaknya dapat menerima suratan yang di tentukan Ilahi.
    Hadi pula, sudah mula menerimanya dengan dada yang lapang. Mak cik Esah sudah tenang di sana. Namun dia perlu memikirkan masa depan adik-adiknya. adakah dirinya bakal di terima masyarakat setelah sekian lama mengabaikan masa mudanya dengan berfoya-foya.
   Adik-adiknya perlu bersekolah seperti biasa. dia tidak mahu adik-adiknya juga sepertinya yang hanya belajar di tingkatan 5. Zarif, Soffi, Syauqi ,dan Kurnia perlu meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
    Zarif yang bakal menduduki Spm tahun ini juga perlu di beri perhatian yang lebih.Hadi membuka tingkap kayu rumahnya seluas-luasnya. angin petang di biar memukul lembut wajahnya. sudah lama dia tidak menikmati suasana ini semenjak berhijrah ke bandar. kenangan lama di imbas kembali di kotak fikirannya.
   " Kalau itu kehendak Adi.. mak tak boleh melarangnya. yang penting Adi jaga maruah keluarga. dan yang paling penting jangan sesekali maninggalkan solat." berat mahu membiarkan putera sulung meninggalkan rumah. Namun, Hadi punya tanggungjawab terhadap keluarga setelah suaminya pergi meninggalkan mereka terlebih dahulu.
   " Insya-Allah. Hadi janji akan menjaga maruah keluarga ni. semua pesanan mak, akan Hadi ingat sampai bila-bila."
    " Assalamualaikum."
    suara orang memberi salam dari arah luar rumah, mengembalikan Hadi dari masa silam yang masih memberkas di ingatan.
    sejurus menjawab salam,Hadi segera membuka pintu rumahnya. Kelihatan Haji Deraman bersama dengan beberapa orang anak muda yang sebaya dengannya yang belum di kenalinya sebelum ini.mungkin pekerja Haji Deraman.
   " Pak cik. naiklah." Hadi mempelawa tetamunya naik ke rumah. 
   Mata Haji Deraman melilau-lilau mencari kelibat adik-adik Hadi. " mana adik-adik kamu.?"
  " Zarif dan si kembar pergi main bola di padang. Kurnia pergi ke rumah kawan, katanya. duduklah pak cik."
   Haji Deraman sempat memerhati persekitaran dalam rumah. sejak permergian isteri sahabat baiknya, rumah ini tidak berseri seperti sediakala meskipun kelihatan kemas.
   " pak cik dari mana.?" Hadi memulakan mauduk penganalan dengan menanyakan dari mana kedatangan Haji Deraman.
   " Pak cik dari kebun. kenalkan, Khalid dan Bahar. mereka berdua ni pembantu pak cik." pak cik Deraman mempekenalkan dua orang pembantu itu kepada Hadi. " pak cik datang, nak serahkan geran tanah hak milik Arwah Abah kamu." berterus terang Pak cik Deraman, lalu menyerahkan fail berwarna merah jambu itu kepada Hadi.
   Melopong Hadi di buatnya. bagaikan tidak percaya apa yang baru di dengarinya sebentar tadi. namun tangan kanannya tetap menyambut fail merah jambu itu daripada tangan pak cik Deraman.
   " Pak cik mesti silap ni. setahu saya, Arwah Abah tidak meninggalkan sebarang harta kepada kami sekeluarga." Hadi masih tidak percaya. lantaran menyerah kembali fail bewarna merah jambu itu.
    " Abah kamu minta pak cik jagakan geran tanah ni. Arwah minta pak cik serahkan geran ini kepada kamu, apabila kamu betul-betul memerlukan."
    Geran tanah telah bertukar tangan. namun, Hadi tetap menemui kebuntuan. entah apa yang perlu di mulakan dengan tanah yang di miliki Arwahnya di hujung kampung. Pak cik Deraman serta dua orang pembantunya telah lama meninggalakan rumah itu.
   dia perlu mendengar pandangan serta persetujuan adik-beradiknya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. geran itu di simpan kemas di dalam almari bilik kedua ibu bapanya.
   
   

No comments:

Post a Comment