Saturday, July 7, 2012

saat kau halal untukku

   BAB12


      
      Malam itu keadaan Hospital dirundung pilu sebaik sahaja Mak cik Esah disahkan berada dalam keadaan nazak. semua saudara mara terdekat mahu pun dari jauh datang mengunjungi mereka. ada yang memberikan kata-kata semangat, tidak kurang juga mereka yang memberi sumbangan.
   Kurnia sentiasa bersama Ibunya sambil ditemani sahabat dan saudara mara. di dalam hati dia berdoa kepada Tuhan semoga Ibunya berada dalam keadaan normal.
   seusai itu juga, Hadi tiba bersama Affan. selepas berjabat tangan dengan semua tetamu  yang melawat Ibunya, Hadi segera mendapatkan Mak cik Esah. Kurnia yang ketika itu sedang membaca Yassin memberi laluan kepada Abangnya untuk  berada dekat di samping Mak mereka.
   " Maafkan Hadi mak. Hadi dah abaikan mak dan adik-adik.Hadi anak yang derhaka."air matanya mula jatuh mengenangkan dosa yang telah di lakukan.
    Dosa yang mensasarkan kehidupannya sebagai seorang hamba dan juga seorang anak. Hadi di tenangkan oleh Ashaaf yang berada bertentangan dengannya.
   Ashaaf menghulurkan senafkah surah Yassin yang berada di tangannya sejak tadi. sebagai anak, Hadi lebih berhak membaca Yassin untuk ibunya.
    Hadi menyambutnya dengan hiba. sudah lama dia meninggalkan kitab yang mengandungi ayat-ayat suci itu. Hadi membaca dengan pelahan dan penuh syahdu.
    Mak cik Esah telah menghembuskan nafas terakhirnya tepat jam 11.30 malam . ketika itu, keadaan Hospital mulai lengang. hanya tinggal Kurnia, Hadi dan adik-adiknya dan keluarga Pak cik Deraman yang mahu menemani mereka anak beranak. Shuada sudah lama balik ke asrama.
    Alunan ayat-ayat cinta kedengaran dari dalam bilik yang sederhana itu. kesedihan mula bersarang di setiap hati masing-masing. terutama Hadi.
    Hajah Kasmah turut berasa kesal dengan tindakannya yang melulu terhadap Mak cik Esah sebelum ini. air mata tidak henti-henti menghangatkan kelopak mata.
    " Maafkan aku, Esah. aku dah banyak buat salah dengan kau anak beranak." sayu hatinya. belum sempat menuturkan kata maaf, Esah talah pergi mengadap sang Pencipta.
    " Sudah lah tu, Mah. perkara dah lepas jangan di kenang. doakan Arwah pergi dengan tenang." pujuk Haji Deraman.
    sementara itu, Hadi menguruskan perihal prosedur untuk membawa jenazah pulang. mereka di situ masih setia mengalunkan ayat-ayat suci daripada kandungan Al- Quran.
   
     Mak cik Esah di kebumikan bersebelahan dengan kubur suaminya. keadaan tanah yang lembab dan sedikit rintikan hujan seakan-akan meraikan kehadiran ahli baharu yang jasadnya bakal mendiami tanah perkuburan itu.
  

No comments:

Post a Comment