Friday, July 6, 2012

saat kau halal untukku

   
 BAB11


   Kurnia menarik nafas sedalam-dalamnya, lalu menghembusnya kembali dengan pelahan. tekanan dan bebanan yang mensesakkan fikiranya sebentar tadi kian beransur pergi. itu lah kaedah yang sering dilakukan di samping berdoa kepada Allah.
   "dapat menghubungi abang kau.?" soal Shuada yang muncul entah dari mana.
   "Tak. tapi, alhmdulillah. aku dapat hubungi rakan serumah abang aku. dia akan bawa abang ke sini malam ni.?"
   Shuada turut merasa lega. tambahan pula, sahabatnya kelihatan lebih tenang kini. dia akan menemani sahabatnya sehingga ibu sahabatnya sembuh daripada penyakit.
    " Tadi aku terserempak dengan adik-adik kau dengan seorang lelaki di bawah. siapa dia.?"
    " Abang Ashaaf."
    " Abang Ashaaf, siapa? buah hati kau eh..." canda Shuada.
    " ada pulak. dia tu anak Pak cik Deraman lah. family dia rapat dengan family aku. mak cik kasmah benci sangat dengan mak aku sebelum ini. mak cik Kasmah tu isteri pak cik Deraman. dia cemburu bila pak cik Deraman memberi perhatian kepada kami. subhanallah. maha suci Allah. sekarang mak ciklah manusia yang paling penyayang .  "
   Shuada menganguk mengerti. khusyuk sekali dia mendengar cerita daripada sahabatnya .
  
   " Assalamualaikum.."
   Ashaaf muncul bersama adik- adiknya. panjang saja umur lelaki itu. baru sahaja sebut , kini sudah berada di depan mata mereka.
      mereka menjawab salam hampir serentak. Shuada menghadiahkan senyuman tanda perkenalan kepada Ashaaf.
     Ashaaf membalas senyuman, namun sedikit menunduk pandangan. khuatir pandangan itu membawanya ke dunia zina. bergitu sekali lelaki itu menjaga batas hubungan dengan perempuan.
    Shuda cuba memadankan sahabatnya dengan lelaki yang baru di kenalinya. mereka kelihatan sepadan sekali jika di satukan.' semoga mereka bertemu dalam jodoh yang diredhaiMu Ya Allah.' doa Shuada didalam hati.
    " akak dah makan.?" soal zarif yang berada di sebelah Ashaaf.
   soalan zarif menyedari kakaknya tidak menjamah apa-apa sejak datang kemari.
    "Akak dah makan sebelum datang tadi. adik-adik semua dah makan.?"
    mereka menganguk hampir serentak.
     Kurnia bersyukur kerana dalam keadaan sebergini Allah menghantar keluarga Haji Deraman untuk mereka sekeluarga. mak cik Kasmah dan pak cik Deraman juga sudah berjanji mahu bermalam di Hospital malam ini .
   " Abang Ashaaf ada belikan ayam goreng untuk akak. Akak makanlah dengan kakak Shuada" Zarif menghulurkan bungkusan ayam goreng kepada kakaknya.
    " Terima Kasih , Abang Ashaaf. Abang dah menjaga adik-adik saya dengan baik sekali."
   " sama-sama. keluarga mak cik Esah dah macam keluarga Abang. Abang gembira dapat membantu insan yang menyayangi abang."
    tidak di nafikan. mak cik Esah memang menyanyangi Ashaaf melebihi anak-anaknya. sifat Ashaaf yang lemah lembut ketika bertutur menjadikan Mak Esah di hargai.

    
   

No comments:

Post a Comment