Saturday, June 30, 2012

hari-hari terindah

    Assalamualaikum..
    alhamdulillah.. demam peperiksaan sudah habis. cuti semesta pula baru bermula. detik-detik yang berlalu ku biarkan pergi.. tanpa ku sedari, hampir setahun aku menuntut ilmu di kolej Universiti insaniah. kolej yang menyajikan aku dengan ilmu akhirat.. kolej yang memberikan tarbiah islamiah..
    di saat sahabat-sahabat aku yang lain sibuk memilih couse untuk ijazah, aku perlu kekal dalam asasi untuk sem 4..aku redha dan yakin mungkin itu yang terbaik untuk aku.. cuti sem dah bermula...aku mula memikirkan aktiviti aku sepanjang cuti sem...huhuhuhu..
     hari ini, 1 /7 aku dan family bercuti di thailand.. mula-mula 2 bosan juga sebab aku tak suka shopping... tapi, kakak suka shopping..pusing punya pusing, akhirnya ketemu juga parking tempat shopping dekat songkla. almaklumlah, songkla memang sibuk sikit.
     aku tak sempat beli apa-apa pon. just cuci mata.. mak sempat sambar beg.. kak pula dapat baju sepasang. adik pula dapat seluar boxer..cuma aku dan ayah je tak sempat beli apa-apa.
     lepas shopping kami pergi pula ke suatu tempat yang aku paling suka.. iaitu zoo.. heheheh.. sebenar nya bukan suka sangat zoo... just suka makan angin je.. heheheh..
    lepas ni, aku impikan perjalanan yang lebih jauh.. mungkin perjalanan ini suatu ibadah. ibadah yang membawa aku ke akhirat sana...aku teringin mengerjakan umrah... aku teringin berada dekat di hadapan kaabah..
    pernah aku menyuarakan hasrat hati kepada mak.. tapi, insyaAllah suatu masa itu akan tiba juga.. yang penting kukuhkan hubungan dengan Allah dan juga hubugan dengan manusia.. insyaAllah. yang penting kaut sebanyak mungkin ilmu....
    minggu sudah, aku ada berkenalan dengan seorang sahabat yang aku kira ada chemistry lah.. nama dia adilah.. dia seorang yang aku kira peramah dan baik.. dia juga seorang yang berdikari.. happy sangat dapat duduk dan kongsi cerita hidup dengan dia...
    somoga aku juga akan lebih matang dalam membuat keputusan yang melibatkan hidup aku.. insyaAllah..
ok lah.. penat dah melepaskan rindu pada blog ni....
semoga hari esok , hari yang membawa seribu nikmat dan kebahagian untuk terus beribadah kepada-Nya..

No comments:

Post a Comment