BAB9
“ Abang dah balik.? Abang dari mana?.”
Wanita itu tersenyum mesra menyambut
kepulangan suaminya. Bukannya dia tidak tahu kemana suaminya pergi. Saja dia
mahu menutup kesalahan dirinya sendiri.
Haji Deraman tidak menendahkan
isterinya. Rasa bersalah kepada Esah masih menyelembugi dirinya. Isterinya
benar-benar sudah keterlaluan.
“ Abang dah makan.?” Hajah Kasmah masih
tidak berputus asa. Entah mengapa , dia turut merasa bersalah. Gara-gara
tindakannya yang melulu satu nyawa hampir di hujung tanduk.
Hajah Kasmah mendapatkan suaminya di
dalam bilik. Dia kemudianya duduk bersebelahan dengan suaminya di birai katil.
“ Abang. Macam mana keadaan Esah.?”
Hajah Kasmah memberanikan diri untuk bercakap dengan suaminya.
“ Mah, minta maaf dengan Esah sebelum terlambat. Abang minta sangat
dengan Mah.”
“ Apa hubungan abang dengan Esah sebenarnya.? Dan kenapa Abang baik
sangat dengan keluarga Esah.?”
“ Percayalah, abang tak ada apa-apa hubungan dengan Esah. Melainkan
hubungan saudara sesama islam. Apa yang abang buat hari ini, belum cukup untuk
membayar apa yang Musa dah buat untuk abang 13 tahun dulu.”
“apa maksud Abang.?”
“ Musalah yang menghisap bisa ular sawa sewaktu Abang dipatuk ular sawa
13 tahun dulu. Sebab tu lah abang ingin membalas setiap kebaikan mereka .”
“ Kenapa Abang tak pernah cerita benda ni kepada saya.? Di sebabkan
cemburu saya telah menzalimi mereka anak beranak.” Seribu kekesalan tidak mampu
mengubah apa yang telah dia lakukan. Air
mula menghangatkan kelopak mata. Tangan suaminya di raih, lalu di kucup.
“ Maafkan saya , abang.”
“ awak tak ada salah dengan saya. Mintalah ampun dengan Allah. Belum
terlambat untuk awak memperbaiki kesilapan awak. Esah ada di hospital.”
“ Bawa saya kepada Esah. Saya mahu minta maaf.” Kata Hajah Kasmah
separuh merayu kepada suaminya.
“Alhamdulillah. Akhirnya tuhan buka juga pintu hati awak untuk memaafkan
Esah. Jomlah Mah , sebelum terlambat.”
Berulang kali Mencuba menghubungi
Abangnya. Namun, panggilannya tidak di jawab. Kurnia dalam keresahan. Cuba
menghubungi Affan, tetapi Affan juga tidak menjawab panggilannya.
“ Macam mana.?” Soal Ashaaf yang muncul tiba-tiba.
“ tak dianggkat. Adik-adik saya mana.?” Soal Kurnia kehairanan
“ Mereka semua di surau. Katanya mahu baca Yassin untuk Mak cik. Awak
ada alamat Abang awak.?”
“ Ada… tapi…jauh.”
Deringan telefon bimbit milik Ashaaf mematikan perbualan mereka. Segera
Kurnia menekan punat hijau untuk menjawab
pangilan tersebut.
“ Assalamualaikum, abang Affan. Nia ni…”
“waalaikumsalam..Nia rupanya. apa khabar.?”
“ Alhamdulillah. Baik. Abang apa khabar.?”
“Alhamdulillah. Baik. Nia cari abang Hadi ke.?”
“ Ya.. Abang Hadi mana.?..”
Perbualan di tamatkan setelah Affan berjanji akan membawa Hadi pulang.
Perasaan bimbang sedikit reda di hati Kurnia.
Seiring dengan itu juga, Hajah kasmah dan Hj. Deraman tiba.
Setibanya Hajah kasmah segera memeluk
Kurnia. Manakala Hj Deraman mendapatkan anaknya.
“Maafkan mak cik. Kalau bukan
kerana hati mak cik yang busuk ni, tentu mak kamu tak masuk hospital. Mak cik
terlalu cemburukan mak kamu.” Terbit perasaan serba salah di hati Hajah Kasmah.
“ Perkara dah lepas ,mak cik. Mak saya dah pun masuk hospital. Salah mak
cik pada mak saya.. bukan pada saya. Tak perlulah mak cik minta maaf pada
saya..” tiada sedikit pun perasaan dendam. Itulah nilai murni yang di terapkan
oleh mak Kurnia. Kata mak, dendam hanya akan memakan diri sendiri yang hanya
membawa kepada dosa.
Haji Deraman hanya memerhatikan sahaja perubahan sikap Isterinya. Namun,
di dalam hati terbit rasa syukur. Begitu mulia sekali hati Kurnia untuk
memaafkan isterinya. jika di bandingkan dengan apa yang di lakukan isterinya
sudah cukup melukakan. Kurnia mewarisi sikap sabar Emaknya.
“ Mak Nia sakit apa.?”
“ Barah, mak cik.” Jawab Kurnia ringkas.
“ Sejak bila.?”
“ Entahlah, mak cik. Emak tak pernah cakap dekat kami. Nia pun baru
tahu.” Kurnia meluahkan perasaan sedih kepada Hajah Kasmah. Entah mengapa, dia
berasa senang dapat meluahkan perasaannya ketika itu.
“ Malam ni, kita sama-sama tunggu mak Kurnia sehingga sedar. Kurnia
jangan sedih, mak cik dan pak cik ada. Ashaaf pun ada. Kami ada bersama Kurnia
dan adik-adik Kurnia.”
Kurnia kembali di raih ke dalam dakapannya. Hatinya seakan tenang kerana
kurnia seperti sudah melupakan kesilapan yang pernah dia lakukan.
.
Hadi pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Semakin hari, dirinya kian tidak
terurus. Affan pun sudah malas mahu menegur.
Tubuhnya di hampas ke atas katil. Segala kenikmatan di rasakan seakan
berada di syurga. Apabila merasakan tekaknya mula mual, segera Hadi memuntahkan
segala isi yang berada di dalam perutnya keluar ke dalam singki tandas.
“Hadi.. aku ada benda nak cakap sikit.”
Kehadiran Affan langsung tidak di endahkan. Bahkan memandang wajah itu
sahaja menimbulkan perasaan benci. Semakin hari, dia rasakan hidupnya tidak
bebas.
“ Adik kau telefon. Mak kau masuk hospital.”
“ So, apa kena mengena dengan aku pula.?”
“ Kau anak dia. Dia yang melahirkan kau. Mak kau tengah nazak, Hadi. Jom
la kita melawat mak kau. Sebelum terlambat.”
Hadi terkesima. Entah mengapa hatinya mula meruntun hiba. Insan yang
melahirkannya kini sedang nazak.
Serentak itu juga,Hadi jatuh terduduk. Hadi menangis seperti anak kecil.
Lalu dia menyalahkan dirinya di atas segala kelalaiannya.
Affan yang simpati meraih tubuh sahabatnya ke dalam pelukan. Di saat
sedih sebegini, Hadi perlukan perhatian dan bimbingan. Hadi pernah menjadi
sahabatnya yang terbaik.
“ Maafkan aku ,Fan. Aku tak dengar cakap kau selama ini. Aku bersalah.”
“ Ini bukan masanya untuk kau salah kan diri sendiri. Mak kau perlukan
kau.. adik-adik kau sedang tunggu kau.”
“Aku malu dengan mereka, Fan. Sebelum ni aku janji dengan mereka akan
mencari kesenangan. Tapi, aku lupa pada janji aku. Aku lupa bagi duit untuk mak
dan adik-adik aku.” Kekesalan jelas terpancal di wajahnya.
“ Sekarang kau bersihkan diri kau dulu. Lepas ni, aku bawa kau pergi
hospital.”
“ Boleh ke hati kotor seperti aku menjadi bersih.?”
“ Tuhan maha pengampun lagi maha penyayang. Mintalah keampunan
daripada-Nya.”
“Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku..” Hadi melutut dalam tangisan keinsafan. semoga tuhan menerima taubatnya.
No comments:
Post a Comment