Wednesday, May 2, 2012

Saat dia halal untukku


       BAB8
    
       Sudah dua hari Mak Cik Esah tidak pergi menorah getah. Kesihatanya, semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Semalam Haji Deraman ada datang bertanyakan kesihatannya, lalu menghulurkan sedikit sumbangan.
      “ Esah!”
     Namanya di laung dari arah luar. Mak cik Esah sudah maklum dengan suara itu. Itu pasti Hajah Kasmah.
    Dalam keadaan yang tidak berupaya, mak cik Esah bangun membuka pintu. Senyuman di ukir dari wajahnya yang tidak bermaya.
     “Kak Mah. Masuk lah.”
     “ tak payah!.”
     Budi bicaranya dibalas dengan jelingan. Dia sudah mengagak dengan kehadiran Hajah Kasmah. Dan dia sudah bersedia dengan apa yang bakal di terimanya. Bukan sekali dua dia di layan sebergitu.
     “ Kau memang tak sedar di untung. Suami aku dah kasi kau kerja pun dah cukup rahmat. Tapi kau pula nak ambil kesempatan ke atas kami.”
       “ apa yang Kak Mah cakap ni.? Saya tak faham.” Air mata mula menghangatkan wajah yang tidak bermaya itu.
      “ tak faham ke, atau buat-buat tak faham.?”
     “ saya mintak maaf kalau saya sudah menyusahkan keluarga Kak Mah.” Mak cik Esah menundukkan wajahnya ke lantai.
    “ Mulai hari ini, aku tak mahu tengok muka kau dekat kebun dah. Dan tolong jauhi suami dan anak aku.” Kata-kata seperti amaran itu di lemparkan tanpa belas.
   Hatinya lebih penting saat ini. fikiranya tidak dapat memikir dengan waras sebaik mendapat tahu, suaminya masih berhubungan dengan Esah.
      Hajah kasmah berlalu dari situ tanpa memandang wajah Mak cik Esah. Dia puas dapat menyakitkan hati perempuan yang di anggap perampas. Mula-mula dia merampas hati suami, sekarang anaknya pula mula menyayangi perempuan ini.
     Bagaikan hali lintang yang memanah hatinya. Dada yang mula pedih di usap beberapa kali. Kedengaran nafasnya yang mula sumbang. Tidak semena-mena, susuk tubuh itu jatuh terhempap lantai rumah.


          “ pang!” Kurnia karget sebaik sahaja mug minuman di atas meja jatuh ke atas lantai.
        Kurnia berhenti mentelaah buku seketika, lalu bangun mengutip kaca yang pecah bertaburan di atas meja.
      Entah mengapa hatinya bagaikan tidak kena hari ini. Buat ini tidak kena, buat itu tidak kena. ‘Ya ALLAH , lindungilah keluarga ku dimana mereka berada.’ Tidak putus –putus Kurnia berdoa di dalam hatinya.
         “ Assalamualaikum”
         “ waalaikumsalam.”                                                                                                              
         “kau ok ke? . subhanallah..macam mana boleh pecah.” Shuada membantu sahabatnya mengutip serpihan kaca yang pecah di atas lantai.
          “Entahlah. Hari ini aku rasa lain sangat.”
          “ ye la, kau kan tak sihat. Kepada kau bagun study juga. Kau perlu banyakkan berehat.” Shuada mengingati sahabatnya yang keras kepala. Sudah dua hari Kurnia diserang demam panas. Dan dua hari juga dia tidak masuk kelas. Semalam Shuada menemaninya mengambil ubat di klinik.
         “tadi aku dah berehat banyak. Sekarang dah rasa ok sikit. Cuma hati rasa tak sedap.” Kurnia mengungkapkan rasa risaunya kepada sahabatnya.
        “ perasaan kau saja. insyallah, tak ada apa-apa.”shuada mula menenangkan sahabatnya.
     Telefon bimbit Shuada berdering beberapa kali. Setelah menamati tiada nama di skrin telefon bimbit, shuada menekan butang hijau.
       Shuada menjawab salam.
        perubahan muka Shuada  ketika itu membuatkan Kurnia penasaran. Dia dapat menghidu sesuatu di sebalik perubahan itu.
       Sesekali Shuada memandang Kurnia dengan penuh simpati. Cara Shuada bercakap seperti sedang ditujukan kepadanya.
       “siapa tu?.” Soal kurnia, sebaik sahaja Shuada menamatkan perbualannya.
      Shuada menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata-katanya. Begitu berat sekali untuk menyampaikan berita seberat ini. Apatah lagi berita ini berhubung kait dengan sahabatnya.
     “ Nia.. sebenarnya…” shuada mematikan kata-katanya. Apa mungkin Kurnia dapat menerima berita yang bakal disampaikan.?.  perasaannya berbelah bagi saat ini. Kurnia seorang yang tabah. Dia pasti dapat mengharunginya. Insyallah…
       “ sebenarnya ,apa.?.” kurnia masih menanti apa yang bakal di ucapkan sahabatnya.
      “ sebelum aku sampaikan berita ni.. aku nak kau tahu , yang aku sentiasa ada. Dan aku harap kau dapat terima semua ini sebagai ujian daripada Allah.”
     “ Apa yang kau nak sampaikan sebenarnya ni.?.”
       Tadi.. adik kau telefon. Dia cakap, mak kau masuk hospital. Sorry.. sepatutnya aku bagi kau cakap sendiri dengan adik kau awal tadi.”
     Disebabkan keadaan sahabatnya yang lemah saat ini, shuada tidak tega melihat Kurnia menerima berita sedih ini dengan mengejut.
     Tidak semena-mena titisan embun menghujani kelopak matanya. Insan yang selama ini pembakar semangat kini terlantar di hospital.
     “ Mak aku sakit apa, Da.? Mak aku dekat hospital mana sekarang.?.” kurnia semakin kalut. Namun, emosi tetap dapat di kawal.

 
       Mereka bergegas mencari unit rawatan rapi. Kaki mereka akhirnya melangkah ke tempat menunggu. Kelihatan Zarif dan haji Deraman sedang cemas di hadapan unit rawatan rapi.
     “ Adik!”
     “ kakak!” zarif mendapatkan kakaknya. Tubuh itu di peluk semahunya bagi mengutip semangat yang hilang.
     Terkejut bukan kepalang sebaik sahaja melihat tubuh mak terlantar di hadapan pintu rumah ketika zarif baru pulang sekolah tengah hari itu.
     Lantas dia segera berlari ke rumah haji Deraman bagi mendapatkan bantuan. Mujurlah Abang Ashaaf ada dirumah ketika itu.
     “ Adik-adik mana.?” Soal Kurnia setelah melepaskan pelukan adiknya.
    “ Abang Ashaaf bawa adik-adik pergi makan. Kesian diorang, balik sekolah terus datang sini.”
    “ terima kasih pak cik. Pak cik dah banyak tolong keluarga saya. Jasa baik pak cik hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.”
         “ apa yang pak cik buat hari ini, tak sebesar budi yang ayah kamu dah taburkan kepada pak cik 13 tahun dulu. Nia, sebenarnya.. isteri pak cik yang menyebabkan mak kamu masuk hospital. Pak cik mintak maaf di pihak mak cik.”  
        “ MasyAllah, apa salah mak, pak cik.?’’
       Semua ini di luar jangkaanya. Dia tidak menyangka, Isterinya bakal bertindak kasar sedemikian rupa. Sebagai suami, dia turut berdosa dengan perbuatan isterinya.
        Kurnia menjengah ibunya yang terlantar lemah di Unit Rawatan Rapi( ICU). Selepas Maknya diberi rawatan, hanya dua orang sahaja di benarkan masuk. Menurut Doktor , mak perlukan rehat yang secukupnya supaya tekanan darah menjadi stabil.
     Kurnia meraih tangan yang lemah itu sebelum di kucup lembut. Tangan ini, yang mengajarnya supaya berdikari. Air mata yang hampir kekeringan kembali menghangatkan kelopak mata.
     “ Maaf, boleh saya tahu. Apa hubungan Cik dengan mak cik ni.?”
    Seorang wanita berbangsa cina menegur Kurnia dengan berhemah. Gaya dan pemakaian wanita ini seperti seorang doctor.
       “ saya anaknya. Apa sakit yang di alami oleh ibu saya, doktor.?”
       “ saya Doktor micheal yin. Doktor yang menangani kes ibu cik. Sebenarnya, Puan Esah mengidap penyakit barah hati peringkat ke empat. Cik tak tahu tentang penyakit ibu, cik.?”
     Kurnia diam seribu bahasa. Tiada kata dapat diungkap saat ini. Lidah bagai terkelu untuk berbicara. Dalam masa yang sama, kurnia turut menyalahkan diri kerana tidak menyedari penyakit yang di alami oleh ibunya.
    “ apakah penyakit barah seperti ibu saya boleh sembuh, doktor.?”
    “ semua penyakit ada penawarnya. Tetapi, apabila melihat keadaan penyakit ibu awak saya tak boleh menjanjikan apa-apa.”
        “ Maksud Doktor.?”
       “ berdoalah kepada tuhan.”
       Doktor berbangsa cina itu meninggalkan Kurnia terkapal-kapal bersendirian. Tangan ibunya di raih, lalu di elus pelahan. Tangan yang menghayun buayan itu menceritakan pelbagai kenangan.

No comments:

Post a Comment