BAB7
Seusai solat subuh di surau, Kurnia mempersiapkan diri untuk ke
kuliyyah. Namun, tiba-tiba perutnya mengulas . ‘Alahai perut, masa ni juga la
kau nak meragam.’
“ Alamak, apa pulak Shuada ni buat lama-lama dalam bilik air.” Kurnia
mengomel bersendirian di depan depan pintu bilik air.
“ Kau buat apa lama sangat dalam bilik air tu.? Cepat sikit. Aku sakit
perut ni.” Pintu bilik air di ketuk beberapa kali.
“ sekejap la…”
Pintu bilik air di buka beberapa minit kemudian. Belum sempat Shuada
mahu keluar , Kurnia terlebih dahulu meluru masuk ke dalam bilik air.
“ Tak senonoh punya perempuan..” bebel Shuada bersendirian. Lalu
mengadap di hadapan cermin. Wajah nya di belek, sebelum menyapukan krim ke
muka.
Gadis manis itu kemudiannya menyarungkan tudung ke kepala. Aurat di jaga
dari bawah hingga ke atas parasnya. Mendengar tazkirah subuh di sekolah dulu ,
sentiasa mengigatkan dia untuk menutup aurat.
Ustaz pernah berkata, Aurat
wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya.
Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun
sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan
dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman
Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka
mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].
Mengigatkan sahabatnya yang masih di dalam bilik air, Shuada kembali
semula ke bilik air lalu mengetuk pintu dari luar. “ kau lambat lagi ke.? Takut
terlepas kelas pulak nanti.”
“ Kau pergi dulu, aku sakit perut sangat-sangat.”
“ ok..”
Tergesa-gesa kurnia keluar dari bilik air. Dia terlambat lagi. File dan
beg sandang di capai, lalu kalut keluar
Setibanya Kurnia di hadapan pintu kelas, doa pendek di baca. Semoga
Doktor Amin di lembutkan hati untuk memaafkan keterlewatannya.
Tumbul pintu dipulas. Namun, pintu tidak dapat di buka. Kurnia semakin
kalut. Teringat dia kepada seorang budak
perempuan yang tidak di benarkan masuk ke kelas sebab lewat datang.
Kurnia menyandarkan tubuhnya di dinding. Aduh, sesungguhnya tuhan sedang
menguji dirinya. kurnia mendidik
hatinya, agar sabar.
“ tak boleh masuk ke.?” Soal seseorang .
Kurnia mengangkat mukanya yang sedikit tertunduk. Kelihatan Kashaf rakan sekelas Kurnia yang
baru muncul tiba-tiba.
Lelaki itu tak pernah lewat datang ke kelas. Bahkan , dia orang pertama
yang akan datang dan duduk di barisan hadapan sekali. Kurnia memandang lelaki
itu dengan penuh kehairanan.
“ Prof dah kunci dari dalam?.”
Kurnia hanya menganguk. Kemudian dia menundukan kepala . tidak betah dia
memandang lelaki itu lama-lama.
Kashaf turut menyandarkan tubuhnya pada dinding seperti yang dilakukan Kurnia.
Perbuatan Kashaf yang tiba-tiba sedikit memeranjatkan Kurnia. Namun , dia tetap
menunjukkan riak wajah yang bersahaja.
“ saya nak pergi library. awak nak tunggu sini
sampai habis kelas ke.?” Soal Kashaf tiba-tiba setelah sekian lama membisu. Ada
rasa sedikit kekok bila berhadapan dengan gadis di sebelahnya.
“ saya fikir nak ke library sekejap. Mahu mencari rujukan di sana.”
Khasaf berjalan di hadapan terlebih dahulu. Kemudian pelahan-lahan
Kurnia mengekori dari belakang. Perasaan kagum terhadap Kashaf mula terbit.
Lelaki yang sentiasa memburu ilmu itu di jadikan dorongan untuk dia mencapai
Cita-cita yang luhur . Apa yang paling mengagumkan, Kashaf sentiasa memegang
kalam Allah .
Setibanya mereka di perpustakaan , Kashaf duduk di tempat duduk yang
bertetangan dengan tingkap bangunan itu. Manakala Kurnia duduk di meja
bersebelahan dengan rak buku . dia memilih tempat meja bersebelahan dengan rak
kerana untuk memudahkan dia mencari buku
sebagai rujukan.
Keadaan Perpustakaan yang lengang ketika itu, memberikan suasana yang
tenang kepada Kashaf untuk menyambung
hafalan nya. Alhamdulillah, hasil berkat usahanya, Kashaf Berjaya menghafaz 18
juzuz daripada ayat suci Al Quran.
Pesanan Walid selalu di jadikan pendoman untuk dia. Setiap kejayaan itu, bekalannya
adalah keimanan,ketakwaan menuju akhirat . sentisa mengigati dan memahami maksud kalimah
lailahailallah muhammadar Rasulullah. Bantulah sesiapa sahaja yang memerlukan . jauhilah zina yang
merosakan.
Kata-kata itu sentiasa di pegang sehingga
kini. Walid bukan sahaja seorang bapa, malah walid juga tulang belakang di atas
kejayaanya hari ini. Umi dah lama meninggalkan mereka.
Kashaf menghentikan hafazannya, lantas jam tangan di pergelangan tangan
di kerling sekilas. Jam sudah menunjukan jam 11 pagi. Tanpa disedari, sudah hampir setengah jam dia
di situ. Matanya melilau-lilau mencari kelibat seseorang. Dan matanya jatuh
kearah rak buku. Kelihatan Kurnia seperti kebingugan mencari sesuatu.
“ awak cari apa.?”
Kurnia beristigfar berulang kali di dalam hati. Kehadiran Kashaf secara
tiba-tiba memeranjatkannya yang sedang leka mencari buku sebagai rujukan.
“saya cari kitab fiqh ibadah yang
prof suruh cari tu.” Kurnia berterus terang.
“ kitab tu ada dekat hujung sana. Dekat sini semuanya Kitab Usul Fiqh.”
Tangan di tegakkan kehadapan, lalu ibu jari di tunding kea rah rak yang di
maksudkan.
“ Oh. Syukran.”
Kurnia berjalan kearah rak yang di tunjukkan Kashaf sebentar tadi.
Tangannya pantas membelek buku yang terselit di atas rak. Akhirnya, buku yang
di cari ketemu jua. Lafaz Alhamdulillah di panjatkan ke dalam hati.
Kurnia kembali ke tempat
duduknya. Matanya mencari kelibat Kashaf. Lelaki itu sudah tiada di mejanya.
‘ dia dah balik kot.’ Fikirnya.
No comments:
Post a Comment