BAB6
Penglihatannya mula kabur. Jalannya
pun sudah tidak betul. Dia minum lagi. tapi, kali ini lebih banyak dari
sebelumnya. Minuman haram itu seakan sudah sebati dengan jiwanya. Akidahnya
mulai musnah. Zina pula, sudah menjadi permainan hidupnya. Solat lima waktu
sudah tidak di hiraukannya.
Hari-harinya kini di hiasi keseronokan
dunia semata-mata. Dia lupa, setiap perbuatannya di lihat oleh Allah. Lupakah
janji dia kepada Allah.?. kerana keseronokan dunia, dia lupa tanggungjawabnya
sebagai anak sulung dalam keluarga.
“ Aku ada anak ayam terbaru. Kau nak cuba.?” Jerry, bapak ayam di club menawarkan
G.R.O untuk Hadi.
“ Aku tak ada duit nak bayar la, taiko.” Hadi menolak. Sememangnya, dia
kehabisan duit kerana membeli minuman haram itu.
“tak apa ma. Kita masuk buku kira-kira. Kita kan kawan.” Lelaki bebangsa
cina itu mula mengunakan tektik ‘Kawan’ untuk memerangkap pelangan-pelangannya.
Kerana nafsu yang membuak-buak , Hadi sudah masuk ke dalam perangkap
lelaki berbangsa cina itu. Jerry membawa tiga orang G.R.O untuk Hadi pilih. Semuanya
berbangsa melayu. Agaknya, gadis melayu kita sudah rosak. Hanya kerana duit,
mereka sanggup mengadaikan maruah untuk lelaki. Halalkah sumbur pendapatan
mereka.?.
Sanggupkah hadi merosakan anak gadis orang.? Sedangkan dia juga
mempunyai adik perempuan. Nafsu yang rakus, membawanya ke lembah penzinaan.
Jam 3 pagi barulah Hadi pulang ke rumah. Setelah hawa nafsuya dipuaskan,
setelah puas meneguk minuman haram itu Hadi sudah dapat tidur lena.
Hampir sebulan dia tidak menghubungi keluarganya di kampong. Keluarga
yang terlalu mengharapkan dia sebagai sumbur pencarian semakin dia lupakan. Sudah banyak kali Arfan
menasihati supaya dia menghubungi keluarga di kampong . tetapi, yang keluar
daripada mulutnya adalah ‘ sekejap’ ‘Esok’.
Arfan yang melewati bilik Hadi hanya mampu mengeleng. Sahabatnya, sudah
banyak berubah. Dulu Hadi tidak berperangai seperti ini. Dulu sebelum dia
berhijrah ke Bandar, Hadi menjadi pemuda contoh di kampong mereka. Dulu, setiap
kali masuk waktu subuh akan kedengaran suara Hadi berkumandang mengalunkan Azan
di surau kampong mereka. Dia hanya mampu berdoa yang terbaik untuk sahabatnya.
Mak cik Esah bermimpi lagi. mimpi yang sama seperti malam-malam sebelum
ini. Lantas, mak cik Esah mengambil wuduk, lalu menunaikan solat sunat
tahajjud. Seusai solat, mak cik Esah mendoakan anak-anaknya.
“ Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa anak-anak aku sekiranya mereka memilih
untuk melakukan dosa. Selamatkanlah mereka daripada azab siksaan mu. Ya Allah.
Berikan aku kekuatan untuk melawan penyakitku. Sesungguhnya, hanya kepada mu
aku meminta, dan hanya kepada mu aku berserah. Amin ya rabbaalamin.” Tangan di
sapu ke muka.
Naluri seorang ibu, dapat merasakan sesuatu yang berlaku kepada
anak-anaknya. Entah mengapa, mak cik Esah termimpikan anaknya, Hadi. Mimpi hadi,
minta tolong di suatu tempat yang gelap. Tiga
Kali berturut-turut mak cik Esah bermimpikan hal yang sama. Apakah Hadi
dalam kesusahan. Fikiran mak cik Esah kian tidak menentu.
Memikirkan anak-anaknya, membuatkan hati tuanya tidak menentu. Apabila
memikirkan kesihatannya pula yang semakin teruk sejak kebelakangan ini membimbangkan
mak cik Esah. apalah yang akan berlaku kepada anak-anaknya, sekiranya dia di
jemput Allah.
Bagaimana keadaan Hadi, kurnia,
Zarif, soffi dan shauqi. Adakah mereka
semua akan memegang teguh terhadap akidah yang satu?. Dapatkah Hadi menjaga dan
membimbing adik-adiknya?. Ya Allah,andai
Esok aku kembali kepada mu. Kau bimbing lah hati anak-anak ku kejalan mu
ya Allah.
Doa seorang ibu tiada penghujungnya. Dia sentiasa mengharapkan
anak-anaknya bahagia . barulah hatinya akan tenang menghadap ilahi.
Mak cik Esah melangkah lesu menuju ke bilik anak-anaknya. Permata hatinya nyenyak tidur sekali. entah mengapa hatinya menjadi sayu tiba-tiba. terbuai seketika di ulit memori lalu, disaat arwah suami masih disisi.
" Lepas ni... tak payah lah susah-susah awak jual kuih." kata Musa, lalu meneguk secawan kopi pagi itu.
" Eh!. kenapa pula, bang?" Esah memandang suaminya dengan penuh tanda tanya.
" Abang , dah dapat kerja dengan Haji Deraman. Haji Deraman bagi gaji lebih .lagipun, Abang tak nak awak dan anak-anak hidup susah. Semua itu tanggungjawab Abang sebagai suami dan Ayah kepada anak-anak kita."
" terima kasih Abang. "
Musa menghadiahkan senyuman bahagia dengan penerimaan Isterinya. jika boleh, dia hanya mahu isterinya di rumah ,lalu membesarkan anak-anak mereka.
Mak Esah kembali ke alam nyata sebaik sahaja kedengaran bunyi azan yang berkumandang. hatinya kian sayu. jika dulu, suara Hadi yang sering mengalunkan azan pada setiap waktu solat fardhu. kini, seruan Azan itu di alunkan oleh Ashaaf pula.
pemuda itu bukan sahaja dapat mengalunkan azan dengan suara yang lunak. Malah, Ashaaf juga sering menjadi imam solat jemaah di kampung itu. Mak Esah tidak lepaskan peluang berjemaah di masjid.
anak-anaknya di kejutkan dengan segera." Zarif...soffi, shauqi. bangun sayang. kita berjemaah di masjid.
setelah itu , mereka berjalan kaki ke masjid yang berdekatan. kelihatan jemaah-jemaah sudah mula ke masjid.Alhamdulillah, sekembalinya Ashaaf di sini, membawa perubahan kepada penduduk kampung.
seusai solat subuh berjemaah, tazkirah ringkas di adakan. Mak Esah tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.
No comments:
Post a Comment