BAB5
Seusai kembali daripada Surau , Ashaaf duduk di beranda merenung
keindahan malam ciptaan tuhan. Semakin menebal rasa cintanya terhadap pencipta.
Susudah itu, muncul pula wajah gadis itu. Entah mengapa, siang dan malam nya
sering di bayangi wajah itu. Dan sedaya upaya di usir.
Terimbau kembali, ketika majlis doa selamat di adakan di rumah ini tiga
hari lepas. Masa tu, Ashaaf sedang mengangkat dulang untuk menghidangkan
makanan kepada tetamu yang datang. Tanpa di sedari , Ashaaf menyambut dulang
daripada gadis yang dia temui di rumah mak cik Esah.
Jantung nya tiba-tiba berdenyut kencang. Nafasnya, seakan tersekat-
sekat. Hatinya kalut. Tidak semena-mena, dulang yang sudah berada di tangannya
jatuh ke bawah. Hatinya semakin kalut apabila semua lauk yang berada di dalam
dulang itu sudah berada di atas lantai .
“ Maaf, dik… a..abang tak sengaja.” Tangannya, laju mengutip makanan
yang jatuh bertaburan di lantai.
Kurnia turut membantu lelaki itu mengutip sisa-sisa lauk yang tumpah.
Dia tunduk, malu untuk metentang mata dengan lelaki itu.
“Kamu Fikir apa , Ashaaf.? Abi tengok semenjak dua menjak ni kamu Nampak
gelisah semacam saja. Cuba beritahu Abi.”
Sapaan Abinya, membawa Ashaaf kealam nyata. Lalu, dia beristigfar di
dalam hati dengan kelekaannya sebentar tadi.
Dia akui sejak kehadiran gadis itu, hidup dia sering diserbu
kegelisahan. Hati nya seolah-olah terpaut dengan kecantikan gadis itu. Andai
dia jatuh cinta, biar lah ikhlas kerana Allah .
bukan kerana kecantikan gadis itu.
“ Tak ada apalah, Abi.” Ashaaf tetap mahu merahsiakan apa yang tersirat
di hatinya. Biarlah jodohnya tuhan yang tentukan.
“ Abi dengar Ustaz Syahir nak mendirikan masjid tahun depan.?”
“ YA, Abi.” Soalan Abi nya di jawab sepatah. Namun ada maksud tersirat
di sebalik soalan Abinya.
“ bila agaknya Abi nak dapat menantu…” kata-kata spontan yang zahir
daripada mulut Abi berbaur maksud yang mendalam.
Sudah Ashaaf jangka,
persoalan yang bakal keluar daripada mulut Abinya. Umi juga ada bertanyakan hal
yang sama.namun Ashaaf hanya mampu tersenyum.
“ Jodoh pertemuan urusan Allah. Ashaaf berserah kepada Allah.”
“ Agaknya, kamu tunggu bidadari dari Syurga kut.” Gurau Abi.
Seperti biasa Ashaaf hanya akan tersenyum.
“ rancangan kamu dan Ustaz Syahir nak buka ma’had tu macam mana.?”topic
perbualan mereka terarah kepada pembukaan Ma’had pula. Perbualan mereka kini
lebih serius.
“ Insyallah, minggu depan Ustaz Syahir akan upah seorang Arkitek untuk
melawat tapak projek. Kalau tak ada aral melintang projek tu di jangka siap
tahun depan.”
“ Alhamdulillah..Abi sokong dengan niat kamu berdua…”
“ terima kasih Abi…” senyuman sayang di ukir di wajah keputihan itu.
Wajah bersih dan bercahaya.
………………………………………………………………………………………………
No comments:
Post a Comment