BAB4
Hari pertama di Universiti Kurnia sudah di uji dengan satu ujian. Namanya, tiada di dalam senarai system pelajar university. Sedangkan dia sudah mendapat surat pengesahan daripada pihak university terlebih dahulu . sudah masuk enam kali dia turun naik pusat pendaftaran pelajar.
Tidak cukup dengan itu, dia di anggap penceroboh ketika cuba membuka
pintu pusat pendaftaran yang mempunyai system automatic. Dia sangka kan pintu
itu hanya perlu di tolak. Tetapi, rupa-rupanya pintu ada no kod yang hanya boleh
di buka oleh staff di situ sahaja.
Sehinggakan dia di gelar gadis kolot.
Setelah kesulitan yang dia alami, baru lah Kurnia dapat menarik nafas
lega. Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil. Teringat, tanggungjawab yang
satu masih belum di tunaikan segera Kurnia ke bilik air untuk mengambil wuduk.
Setelah solat asar petang itu, kurnia keluar daripada asrama untuk
meninjau kawasan asrama yang jaraknya semeter daripada tempat pengajiannya.
Roommate nya, Shuada yang berasal dari negeri pantai timur sudah keluar sejak tengahari lagi.
katanya mahu menbeli sedikit keperluan asrama. Dari cara gaya hidup Shuada,
Kurnia yakin Shuada anak orang berada.
Suasana asrama semakin susut dengan manusia petang itu berbanding
tengahari tadi. Ada sedikit perasaan cemburu bila melihat pelajar lain datang
bersama keluarga ketika pendaftaran tengahari tadi. Hanya dia keseorangan
terkial-kial mencari pusat pendaftaran. Nasib baik dia berjumpa dengan Shuada
yang peramah dan tidak loket dengan senyuman.
“ Assalamualaikum..”
Suara orang memberi salam menyedarkan Kurnia daripada terus berkhayal.
Lantas Kurnia mengalihkan pandangannya kepada orang yang mengucapkan
kesejahteraan ke atas dirinya. Melihat Shuada sudah berdiri di depannya,
senyuman ikhlas di ukir.
“ Waalaikumsalam. Bila kau balik.?” Soal Kurnia.
“ Aku dah lama balik. Cari kau dalam bilik tak ada. So, dekat sini
rupanya kau. Temenung jauh. Ingatkan gewe kat kampung ke.?” Sempat lagi shuada
bergurau.
“ hah! Benda apa tu.?” Kurnia yang sememangnya tidak faham dengan loghat
Kelantan bingung dengan perkataan yang baru didengarinya sebentar tadi.
“ Gewe tu, kekasih le.”
“ Oh. Mana ada. Siapa la nak dekat aku.”
“ tak kan orang cantik macam kau masih belum berpunya.?” Hampir melopong
Shuada dengan jawapan Kurnia tadi. Masakan gadis cantik seperti Kurnia masih
belum berpunya.
“ Aku tunggu orang masuk meminang aku je.heheheh.” Kurnia sekadar bergurau. Memang itu lah yang
sebaik-baiknya. Bukan tak pernah ada orang lelaki cuba mendekatinya, tetapi dia
lebih suka meletakkan cinta Allah di tangga teratas di dalam hatinya selain
keluarganya.
“ Kau pula.? Dah ada ke gewe.?” Kurnia menyoal kembali sahabatnya dengan
bahasa yang sama.
“ Aku dah bertunang, kurnia. Tunggu masa saja nak di kahwinkan.”
“ kau biar betul. Habis tu, macam mana dengan pelajaran kau kat sini.?”
“ Betul la. Apa muka yang tak cun macam aku tak ada orang nak ke… dia
tak ada halangan kalau aku nak terus belajar. Yang penting aku pandai jaga batas
dan nama baik dia.”
“ Orang kelate juga ke.? Dah kerja atau masih belajar.?” Kurnia menyoal
seperti polis pencen sahaja lagaknya.
“ Yup.. tunang aku baru habis belajar dekat Universiti Al Azhar. Dia
ambil jurusan dakwah dan Usulludin.
Sekarang pensyarah di Kolej Universiti selangor . Insyallah, tahun depan
aku bernikah dengan dia.” Terpancar riak kebahagian di wajah Shuada ketika
menceritakan perihal tunangnya kepada Kurnia.
“ Bagus la kalau kau bernikah awal-awal. Mengelak daripada maksiat. Yang
penting dapat menambah umat Nabi Muhammad.” Kurnia turut bahagia dengan
keputusan Sahabatnya.
Azan magrib berkumandang di surau berdekatan. Tanpa di sedari hampir
setengah jam mereka berbual di situ.
Sudah masuk waktu magrib . lalu dua sahabat itu kembali ke Asrama. Baru
hari ini berkenalan, tetapi bagaikan sudah lama berkenalan. Ukhuwah di antara
mereka bergitu erat sekali.
....................................................................................................................
No comments:
Post a Comment