Friday, May 11, 2012

selamat hari ibu..

     Sejak kecil saya seorang yang degil, keras kepala, dan kadang-kadang panas baran. mungkin itu kelemahan saya. Saya akui, saya bukan anak yang terbaik kepada kedua ibu bapa saya. tetapi, saya selalu ingat satu perkara, iaitu tanpa Mak, tanpa Ayah tak mungkin saya akan ada di dunia ini.
    Semasa kecil, saya selalu buat Mak menangis. Mungkinkah saya di lebelkan sebagai anak yang  'Derhaka' ?. semasa kecil juga saya seringkali menyakitkan hati kedua ibu bapa saya. tapi, mereka tetap bersabar membesarkan saya. mungkin ketika itu, saya belum mengerti setiap pengorbanan mereka membesarkan saya dan saudara saya yang lain.
     insan yang benar-benar bersabar dengan saya , ialah Ibu yang tercinta. Selbiah bt Md Akhir. beliau banyak mengubah hidup saya. Doa Seorang Ibu akhirnya menjadikan saya seorang yang cintakan Allah dan Rasul.
     kenapa saya kata ibu lah yang menjadikan saya seorang yang cintakan Allah dan Rasul.? kerana ibu lah yang telah memberikan pendidikan Agama sedari kecil. tetapi, tarikan dunia memusnahkan semua itu. setiap kata-kata ibu tidak saya endahkan. setiap nasihat hanya masuk ke telinga kanan keluar telinga kiri. solat saya abaikan, dan Al quran saya tinggalkan ketika itu.
     Alhamdulillah, mungkin ada hikamah di sebalik semua yang terjadi. tanggal 2006 saya menemui lembaran baru serta cerita baru. saya mula belajar menjadi insan yang sempurna untuk kedua ibu bapa saya. jika saya tidak melakukan kesilapan ketika itu, mungkin saya bukan saya  yang sekarang.
      semua perjalan hidup ini telah di tentukan Allah. sesungguhnya belum terlambat untuk membuat ibu kita tersenyum. setiap detik, ukirkan senyuman di wajah ibu kita..

No comments:

Post a Comment