Friday, March 9, 2012

kasih mu

           tiada kata yang mampu ku ungkapkan disaat insan yang ku cintai terlantar lemah . insan mencurahkan tenaga demi melihat sepasang sayap bisa bebas menerokai dunia. meskipun dia dan aku menbisu seribu bahasa, hati ku tak pernah berhenti berdoa . doaku supaya insan ini mendapat nikmat dan sentiasa di rahmati Allah S.W.T.
         ayah...
        maafkan anak mu ini. diam anakmu ini tak bererti benci, dan bersuara anak mu ini kerana sayang. percaturan hidup sudah di atur oleh di atas sana. terimalah ini sebagai ujian Allah S.W.T..
      ayah..
     maafkan anak mu. kerana anakmu belum mempelihatkan kejayaan buat ayah mahupun mak. InsyAllah, anakmu akan berusaha menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. 
   
     Alhamdulillah.. ayah semakin sihat setelah 6 hari terlantar di Kedah Medical Central (KMC). kesian ayah. penderitaan penyakit selama 2 tahun kini terjawab. doktor mengesahkan ayah mengidap kenser dan ayah disarankan melakukan pembedahan .namun, itu hanyalah teori seorang doktor sahaja. keputusan bakal di ketahui setelah  pihak hospital menghantar sampel tisu ayah ke hospital kuala lumpur untuk menjalanlan penyelidikan tentang penyakit yang dihidapi oleh ayah. semoga ayah bebas daripada kenser.
        aku percaya setiap penyakit ada penawarnya. penawar yang paling mujarab adalah doa. doa itu adalah penawar bagi setiap muslim . doa dan yakin bahawa setiap penyakit itu ada penawarnya.
      Alhamdulillah, pecaturan yang Allah tentukan amat sempurna. sepanjang minggu ni, aku telah cuti sem selama seminggu. dan kebetulan minggu ni ayah telah masuk hospital. kesempatan yang ada aku gunakan untuk mendekati Ayah. insan yang selama ini jarang ku selami. bukan aku tak cintakan ayah seperti aku cintakan mak. tapi, sebagai anak perempuan aku lebih rapat dengan mak.
    








No comments:

Post a Comment