Friday, March 16, 2012

Thanks Allah.

        Alhamdulillah, syukur sangat . pertamanya, ayah berjaya menjalani pembedahan. yang ke dua, sibuk2 layan facebook tiba2 teringat dekat resault sem satu yang aku repeat . tanpa buang masa aku terus buka portal. Alhamdulillah, keputusannya di luar jangkaan aku. 2.5. meskipun, 2.5 aku tetap bersyukur.
      harap2 result sem 2 yang bakal keluar memberikan keputusan yang baik. ameen... tak sabar nak kongsikan berita gembira ini dengan mak dan ayah.
      sebak mengenangkan ayah. alhamdulillah, ayah selamat menjalani pembedahan kenser. namun, hati ku sebagai anak dirundung kepiluan sebaik sahaja melihat ayah terlantar di ICU. mungkin ada hikmah..
      pundi kencing ayah di buang doktor kerana di jangkiti kenser. aku hanya mampu tahan sebak sebaik melihat ayah. sebelum ini aku jarang mendekati ayah.. apa yang memilukan, seluruh tubuh ayah kedingigan setelah 7 jam menjalani pembedahan.
     aku tahu, ayah kuat selama mana ayah yakin tuhan bersamanya...
     YA Allah, sembuhkan lah insan yang ku sayangi ini. berikan lah insan ini rahmat kebahagian di dunia dan Akhirat.ameen...

No comments:

Post a Comment