Friday, February 10, 2012

saat dia halal untuk ku


  
 BAB3

     Persiapan untuk ke Universiti sudah siap dibuat seminggu yang lalu. Perasaan gembira dan teruja bercampur baur. Namun, hatinya menjadi hiba sebaik terpandang akan wajah mak . mak, Kurnia janji akan tunaikan hasrat mak …
     “ semua dah siap?” Tanya mak sebaik melewati hadapan bilik kurnia.
    “ dah mak..” jawab kurnia ringkas.
    “ janji dengan mak, kurnia akan belajar bersungguh-sungguh…”
   “ Insyallah, mak. Kurnia janji.”
   Mereka berpelukan seketika. Air mata  kembali menghangatkan kelopak mata kurnia. Dia dapat merasakan, Air matanya bila-bila masa sahaja bakal keluar. Lalu di sapu matanya yang sudah mula barair. Dia mahu menjadi tabah. Ya! , tabah seperti mak.
    Esok, pagi-pagi lagi Kurnia akan berangkat ke stesyen bas. Mungkin, air mata yang cuba di sembunyikan malam ini,  akan bercucuran jua pada hari keberangkatannya esok pagi.Dia tidak setabah Mak, yang tabah setelah Ayah pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
     Zarif yang berdiri di hadapan bilik kakaknya mula menitiskan air mata. Macam dia pulak yang nak tinggalkan Mak. Zarif yang hanya muda setahun jaraknya daripada kurnia bakal menduduki peperiksaan SPM  pada tahun ini.
      Lelaki mana boleh menangis. Nanti tak macho la adik akak…” kurnia yang menyedari kehadiran  adiknya,  sempat bergurau.
     “ Mana ada orang menangis. Orang Cuma sedih saja… Nanti tak ada orang nak masak nasi lemak tiap-tiap pagi.”
      “ Ye la tu..” kurnia mendapatkan adiknya. Lalu kata-kata semangat di taburkan, agar menjadi pembakar semangat buat adiknya yang bakal menempuh peperiksaan Spm.
     Kata-kata perangsang daripada kakaknya, menjadikan Zarif lebih bermotivasi. Kakak sememangnya bijak dalam pelajaran. Usaha keras kakak telah membawa satu kejayaan besar buat keluarga itu. Dalam keluarga itu, kakak orang pertama telah menjejakkan kaki ke Universiti. Abangnya , hanya bersekolah setakat tingkatan 5.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
      “Ya Allah, Hadi.!!!.”  Arfan, housemate Hadi terkejut sebaik sahaja melihat Hadi dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil. Arfan tahu, sahabatnya pasti mabuk lagi. sejak Hadi di berhentikan kerja, dia lebih banyak menghabiskan masa di club dengan meneguk air yang haram.
      “ Apa kau ni.. kecoh je. Orang tidur pun kacau.”
    “ kau tahu tak, apa kau dah buat.?. Setitis air arak yang kau dah teguk, sama dengan 40 hari amalan kau tak di terima Allah. Kau nak jadi apa ni.? Kau tak kesian mak kau kat kampong ke .?”
     “ Relex la bro… hari ni baru Ahad. Nak baca khutbah tunggu la hari Jumaat.” Kata-kata Arfan langsung tidak ambil kisah. Sejak di berhentikan kerja seminggu yang lalu, Hadi mula ambil minuman haram untuk menenangkan fikiran.
     Puas Arfan menasihati sahabatnya yang seorang ini. Salahnya juga, kerana telah mengajak Hadi tinggal di Bandar bersamanya. Dia hanya mampu berdoa agar sahabatnya segera di beri pertunjuk dan hidayah daripada Allah.
    Arfan kembali ke kamarnya, Lalu di hampar sejadah. Dalam kepekatan malam, kepada nya jua dia berserah. Bersujud dengan penuh rasa cinta dan bersyukur.
    Doa yang panjang diiringi dengan tangisan keinsafan.
   Pemuda itu bukan sahaja berjanji dengan kedua ibu bapanya, tetapi janji Allah sentiasa di pegang. Larangannya, sedaya upaya di jauhi. Meskipun hanya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta, menjadikan dia bersyukur dengan apa yang di perolehinya sekarang.
 

No comments:

Post a Comment