Thursday, February 16, 2012

menjaga hati

     assalamualaikum..
semalam aku mimpi seorang insan yang tak pernah aku fikirkan selama ini. mungkinkah insan ini bakal memimpin aku.??? ah!! (akal berfikir sejenak). tak mungkin wahai mujahidah . jangan pernah mudah tergoda dengan hasutan syaitan.
suatu ketika aku pernah baca buku yang di tulis oleh Hilal Asyraf . buku yang setiap babnya terdiri daripada pelbagai  tajuk. Hilal Asyraf ada menyebut tentang zina hati. Ya Allah, jauhkan hambamu daripada hasutan syaitan laknatullah.  dalam batu-bata kehidupan, Hilal Asyraf ada menyebut tentang couple=cinta?.. cinta yang suci mengapa perlu di nodai. Islam tak menlarang manusia saling cinta . kerana perasaan cinta itu fitrah setiap manusia. tapi, perlu di ingat , cinta itu harus bersyariat.
ada ke istilah couple dalam islam tanpa menghalalkan hubungan. menurut seorang ustazah, couple itu apabila pasangan itu mengikat tali pertunangan. bertunang itu, bukan tiket untuk pasangan couple berdua-duaan tanpa peneman. hal ini kerana, syaitan sentiasa ingin jadi pedamping kepada manusia. masih ingat kata-kata seorang hamba, katanya cinta sebelum kahwin adalah nafsu..



No comments:

Post a Comment