Friday, February 10, 2012

syurga cinta

assalamualaikum..
     malam sudah hampir menjangkau sepertiga malam, namun mata ini masih belum mahu pejam. mungkin memikirkan Exam yang bakal di tempuhi. Ya Allah, semakin hampir aku dengan imtihan, semakin aku malas mahu bersengkang mata di meja study. cabaran hidup penuh godaan. ..
    kadangkala, memikirkan ke mana arah tuju hidup ini. lewati usia muda atau sebaliknya. hmm, sebaliknya tu (kahwin) . ishh... ke situ pulak fikiran aku malam2 buta ini. adakah kamu bersedia ?.. berkahwin bukan untuk sehari 2, tetapi sampai ke syurga. raih cinta Allah dulu, sebelum meraih cinta manusia.
    cinta itu fitrah manusia.
   cakap tentang cinta. biarlah manusia yang mencintai aku itu adalah seorang suami. aku tak mahu cinta tulus anugerah Allah di cemari dengan nafsu. biarlah cinta itu datang daripada Allah, bukan daripada syaitan. 
       susahnya nak cari suami yang mulia seperti Rasulullah di zaman sekarang ni.
    seorang lelaki pernah memimpin dalam solat suatu ketika. subhanallah, suaranya sedap. dengar cerita keperibadiannya juga indah. cuma masih belum tahu, adakah semulia Rasulullah s.a.w.? . tak mengharap dia jodohku. kerana aku bukanlah insan yang mulia.
    apa yang penting , biarlah suamiku kelak bisa memimpinku ke syurga. Ya Allah, sekiranya di takdirkan Hambamu ini mempunyai jodoh, pertemukan hamba dengan Jodoh yang  engkau redhai. jodoh yang beriman dan bertakwa.


AMIN..

No comments:

Post a Comment