Monday, February 6, 2012

saat dia halal untuku


    bab2
     
    
      setibanya di lapangan terbang KLIA, Ashaaf segera menghubungi sahabatnya ustaz syahir sahabat yang pernah sama-sama mengharungi pahit dan manis ketika menuntut di universiti Al Azhar. Sahabatnya, terlebih dahulu menamatkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda Usulludin  sebulan yang lalu. Manakala, Ashaaf terpaksa mengulangi satu madah.  mahu menghubungi Abi takut menyusahkan Abi. kebetulan Ustaz Syahir tinggal berdekatan KLIA. Setengah jam kemudian, ustaz Syahir tiba dengan kereta kancilnya.
     tepat jam 8 pagi mereka bertolak dari KLIA ke kampung halaman Ashaaf yang telah dia tinggalkan demi menutut ilmu ke jalan Allah. Alhamdulillah.. jarak perjalanan tidak memakan masa yang lama. dalam perjalanan , banyak perkara telah di kongsikan. berita yang paling mengembirakan adalah ustaz syahir bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
     " betul ke anta nak menikah.?"
    ustaz Syahir hanya menganguk , lalu mengukirkan senyuman. dia sendiri tidak percaya bakal mendirikan rumah tangga secepat itu. jodoh itu ketentuan tuhan yang sudah tertulis.
     " Ana pun tak percaya jodoh Ana secepat ini. Ana terima ini sebagai Jodoh ketentuan Tuhan. anta, Ashaaf... bila lagi.?"
    " belum ada jodoh lagi... " ujar Ashaaf , lalu tunduk malu.
    "bukan ke Anta jejaka malaya yang menjadi igaun setiap gadis." gurau Ustaz Syahir.tetapi, gurauan ustaz Syahir ada benarnya.hampir sahaja shiekh Arab mahu bermenantu kan Ashaaf. sifat terpuji Rasulullah s.a.w sentiasa menjadi contoh ikutan Ashaaf sejak kecil lagi. Abinya, Haji Deraman terlebih dahulu menerapkan sifat Rasulullah ke dalam diri Ashaaf.
     kereta yang dipandu oleh ustaz Syahir tiba-tiba berhenti di bahu jalan. Perbuatan ustaz  Syahir yang secara tiba-tiba  memberhentikan kereta memeranjatkan Ashaaf.Namun, Ashaaf tetap menunjukan riak wajah yang  tenang.
      “ Kenapa kita berhenti.?” Soal Ashaaf dengan penuh hairan.
      “ Maafkan ana, sebenarnya ana nak bincang dengan anta sesuatu. Dan Ana harap anta pertimbangkan baik-baik apa yang cuba ana cadangkan.”
    Ustaz Syahir menarik nafas dalam sebelum meneruskan kata- katanya. Sudah banyak kali dia memikirkan hal ini semalam. Dia berharap Ashaaf tidak menolak hasrat murni nya.
    Ashaaf menanti ayat seterusya daripada Ustaz Syahir.
    “ Begini….”
     Ayat tergantung sahabatnya benar-benar membuatkan Ashaaf penasaran. Apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh sahabatnya.
     “ Ana bercadang nak buka ma’haad dan pondok belajar Agama. Dan, ana nak ajak anta sama-sama membangunkannya.”
      “ Bagus cadangan anta tu…Tapi, ana tak cukup modal untuk dikongsi kan dengan anta.”
     “ tentang modal anta jangan risau, ana ada altenatif lain. Yang penting tempat Pembinaan. Apa cadangan anta.?” Ustaz Syahir memandang Ashaaf mengharapkan cadangan daripada sahabat baiknya.
    Ashaaf memicik pelapisnya memikirkan tempat strategic untuk membangunkan ma’haad dan pondok  seperti yang telah di cadangkan oleh sahabatnya. Terlintas di fikiranya kampong tercinta. Di kampong itu masih belum mempunyai kelas Agama. Yang ada hanya sekolah Agama dan kelas fardu ain. Sementara di surau-surau kebanyakannya adalah tempat  orang yang sudah lanjut usia yang menghabiskan masa dengan belajar Agama.tak banyak anak muda yang tercenderong kea rah itu. Mungkin dengan adanya Ma’haad dan pondok ,anak muda akan mengurangkan aktiviti merempit dan melepak.
     Apabila di fikirkan, ada baiknya juga cadangan Ustaz Syahir. Di samping berbakti kepada penduduk kampong, dapat juga mereka beramal dengan ilmu yang di miliki.
     “ apa kata… kita buka saja di kampong ana. Abi ana ada sebuah tanah sungai dekat hujung kampong. Rasanya sesuai untuk membuka pondok.”
    “ tak apa ke kita guna tanah tu… takut ada pihak yang tak berpuas hati.” Ustaz Syahir menyuarakan rasa bimbangnya. Manalah tahu, ada pihak yang tidak setuju dengan cadangan mereka.
     “ Insyallah…ana yakin  rancangan kita akan di terima oleh penduduk kampong. Yang penting niat kita tu…kerana Allah.”

    Akhirnya mereka sampai di kampung Ashaaf. perjalanan yang hanya memakan masa selama setengah jam telah terubat rasa rindu di hati Ashaaf setelah  hampir enam tahun menuntut di University Al-Azhar. sekeliling kampung di amati dengan rasa rindu yang membuak-buak. Di setiap sudut dibayangi kenangan silam yang di penuhi dengan suka dan duka.
    Sebaik sahaja kereta membelok ke jalan  menuju ke rumahnya. Ada sesusuk tubuh yang hanya berjalan kaki dan  tidak bermaya . wanita itu memegang baldi di sebelah kiri dan bakul mengisi mangkuk tingkat di sebelah kanan pula. Hati Ashaaf tersentuh melihat wanita itu. Lalu dia meminta Ustaz Syahir memperlahankan kereta bagi memudahkan Ashaaf melihat wajah wanita  yang telah menyentuh hatinya.
     “ Assalamualaikum…”
    Suara orang memberi salam sedikit memeranjatkan Mak cik Esah. kepala di toleh ke sebelah kanan sedikit. Senyuman mesra di ukir sebaik sahaja menatap wajah anak muda yang kelihatan bersih. Wajah pemuda itu masih segar di ingatannya, walaupun sudah lama bersua muka.
     “ waalaikumusalam.. Ashaaf bila sampai.?” Terpancar riak wajah gembira di wajah tua itu.
    “ pagi tadi , mak cik. Mak cik dari mana ni.?” Soal Ashaaf.
    “ Mak cik dari kebun Abi Ashaaf , nak balik rumah.”
    “ Elok lah macam tu… naiklah, saya hantarkan mak cik. Lama tak berborak dengan mak cik.”
   Ustaz Syahir berhentikan keretanya bagi membolehkan Ashaaf menjemput Mak cik Esah yang barangkali saudara Ashaaf, fikirnya.
   Pintu kereta di sebelah belakang di buka. Setelah memasti Mak cik Esah meloloskan diri di dalam perut kereta, Ashaaf kembali ke tempat duduk hadapan.
    “ kenalkan , mak cik. Ustaz Syahir. Sahabat Ashaaf semasa di Mesir.” Ashaaf mempekenal Ustaz Syahir kepada Mak cik Esah.
     Mak cik Esah mengukir senyuman mesra kepada anak muda yang di pekenalkan oleh Ashaaf sebentar tadi.
    Ustaz Syahir turut membalas senyuman dengan sedikit tunduk kepala ke bawah sebagai tanda hormat.
     “ ishh.. anta ni.. apa pulak Ustaz. Panggil saja saya Syahir, mak cik. Lebih mesra.” Ujar Syahir.
    Panggilan ustaz selalunya di gunakan oleh orang Arab untuk membahasakan pemuda sebagai Encik.
     “ inilah mak cik Esah.. mak angkat ,ana..” ashaaf mempekenalkan pula mak cik Esah kepada Syahir.
      Pengakuan Ashaaf menbuatkan Mak cik Esah terharu. Tidak dia menyangka, keikhlasannya menyayangi anak muda itu selama , ini dibalas dengan kasih sayang . secara tidak sengaja, air mata tumpah membasah pipinya yang tampak sayu.
      Ashaaf yang menyedarinya esakan halus Mak cik esah lantas berpaling ke belakang. Perasaan tersentuh kembali bertandang di dalam sanubarinya.
     “ kenapa mak cik menangis.?” Soal Ashaaf dengan berhemah.
    Mak cik Esah hanya mengelengkan kepala. Namun, disudut hatinya tersimpan rasa sayang terhadap permuda itu.

                  Kurnia berasa hairan apabila dia sempai di rumah tengahari itu. Ada sebuah kereta kancil hitam yang di parking kemas di halaman rumahnya. Di dalam hatinya timbul perasaan ingin tahu siapa yang datang berkunjung ke rumahnya. Mungkin , abang Hadi. 
            “ Assalamualaikum..”
         Suara orang memberi salam telah membantutkan perbualan mereka berdua. Salam di jawab hampir serentak.
          Empat mata memandang ke arahnya. terasa janggal bila diri di perhatikan bergitu. Adushh.. aku balik salah masa ke… namun senyuman tetap terukir di wajah gadis itu.
       Pertama kali Ashaaf memandang gadis secantik itu sudah membuat kan hatinya tidak keruan. Ada satu kuasa magnet yang memaksa matanya terus memandang gadis cantik bertudung labuh yang berjalan tunduk menuju ke dapur.
      “ ehem… jaga mata , anta tu.” Teguran Syahir menyedarkan Ashaaf daripada terus memandang gadis itu.
      Ashaaf beristigfar beberapa kali. Dia hampir terjebak dengan hasutan syaitan laknatullah. Tetapi, adakah perasaannya ketika ini ada kena mengena dengan syaitan.? Persoalan itu menjadi tanda Tanya. Belum pernah lahir perasaan sebergini terhadap gadis lain. Ya! Dia yakin, ini lah pertama kali hatinya berkocak bila terpandang gadis itu.
      Mak cik Esah datang dengan menatang dulang berisi teko dan sedikit kuih buat tetamunya. Makanan yang tak seberapa itu di hidangkan kepada tetamunya.
     “ jemput minum..yang ini je yang ada. Maklum lah , orang susah” Mak cik Esah mempelawa dua anak muda itu minum. Tengahari begini pasti mereka berdua dahagakan air.fikir mak cik Esah.
     “ Ini pun lebih daripada cukup, mak cik. Mak cik pun minum sekali…” Ashaaf mempelawa  pula mak cik Esah untuk minum.
     Seusai berborak panjang, Ashaaf dan Syahir meminta diri untuk pulang. Pasti Abi dan Uminya menanti kepulangannya…

No comments:

Post a Comment