DI ASRAMA RAUDHAH
Kurnia memasukkan beberapa buah buku di dalam Beg sandang. Pagi ini dia ada Liqa dengan beberapa orang Siswi dari Fakulti Usuluddin. Hatinya benar-benar berasa lapang pagi ini.
"HMM.. berseri-seri wajah. ada apa-apa ke.?" tegur Shuada yang baru keluar dari bilik air.
" Iye ke.? Entah la." mengangkat bahu.
" Mesti sebab kau dah terima Ashaaf kan.?" Shuada cuba meneka.
Kurnia Kembali duduk. lalu memandang lama sahabatnya.
" Aku hidup untuk mencari redho-Nya. Jika dia boleh mendorong aku ke arah redho-Nya, aku dengan lapang hati menerimanya. Jika dia mendorong aku menjauhi redho-Nya, aku akan menolaknya. Kerana cinta ku kepada Pencipta nyawa ku melebihi segala-galanya."
Shuada terkedu seketika. Cuba mencerna bait kata-kata sahabatnya. Apa yang di bilang sahabatnya juga ada benarnya. Sebuah perkahwinan itu mestilah di bina dengan tujuan dan perancangan.
" Aku terima dia." Ujar Kurnia.
"Alhamdulillah.. "
No comments:
Post a Comment