Thursday, December 13, 2012

sambungan Bab 15.




     Kurnia menutup  Kitab di hadapannya. tiada satu pun ilmu yang dapat di cerna ke dalam otaknya. Kurnia beristighfar berulang kali. Dia sedang di uji saat ini. hanya Allah tempat dia meluahkan.

    Baru sahaja keimanannya di uji beberapa hari lepas. Datang pula Ujian baru. Kurnia memicit kepalanya yang mulai sakit.
 
    Sebentar tadi, dia menerima pangilan telefon dari Abang Hadi. Abang Hadi membawa berita dari kampung. Berita itu sedikit mengangu fikirannya.
 
    " Pak cik Deraman dan Mak cik Kasmah datang Petang tadi. Mereka datang merisik kamu untuk Ashaaf." 
    
     Jantungnya berdenyut kencang saat mendengar pekhabaran itu. Entah mengapa hatinya tidak keruan. Ya Allah, berikan aku kekuatan.
 
    Beberapa hari lepas, dia di uji dengan SMS dari Azlan. sekarang dia di uji pula dengan lamaran seorang lelaki.

   "Abang tak paksa Nia terima Ashaaf. tapi, abang rasa..Ashaaf sesuai dengan Nia. fikir-fikirkan lamaran itu ya. Jangan lupa buat solat sunat istikharah."
 
    Kata-kata Abang Hadi masih tergiang-giang di gegendang  telinganya. Kurnia meraup wajahnya. kekusutan jelas kelihatan pada wajahnya.

   "Assalamualaikum.."

    Shuada lantas mendekati Sahabatnya. Shuada memandang Kurnia tidak berkelip. Kekusutan jelas kelihatan pada wajah sahabatnya itu.

    "Kenapa masam je ni.? Kau ada masalah ke.?" Soal Shuada.

    " Ada orang datang merisik aku." Ujar Kurnia dengan wajah muram.

   SHUADA KETAWA. >>> hahahahah

   " Kenapa ketawa pulak.? Aku tengah ada masalah. Kau ketawa pulak. tak nak kawan!." Kurnia menarik muka empat belas. Berpura-pura merajuk.

   " Ye la. Sepatutnya.. Perempuan, bila orang lelaki melamar. sepatutnya  HAPPY. Tapi, kau pulak.. sebaliknya. siapa lelaki malang tu.? heheheh"

   " Ashaaf. Anak Pak cik Deraman. Ingat tak.?"
 
   " Lelaki Hemsome tu.? Yang baru balik dari MESIR tu.? yang MALU-MALU tu.? memang sesuai sangat dengan kau."


KURNIA TARIK MUKA BENGANG>>.
 
   "Aku masih muda, Ada. baru 20 tahun. Tak telalu awal sangat ke.?"

   " Kau pernah cakap ( Akan hadir Putera Agama dalam setiap hidup muslimah yang solehah. Dimana Putera agama itu nampak apa yang lelaki lain tidak nampak dalam diri Muslimah itu. iaitu keimanan Muslimah tersebut) Aku rasa.. Dialah Putera Agama Kau. Dulu aku pun memberontak juga bila Umi dan Abuya aku nak Jodohkan aku dengan Ustaz Syahir. Masa tu.. aku rasa macam nak lari rumah. tapi, Ustaz Syahir bijak. dengan kebijakan itulah aku menerimanya." ujar Shuada. senyuman manis terukir pada wajahnya.


   " Bijak.? apa yang dia dah buat.? sampai kau boleh terpikat.."

 
   " Nama pun Ustaz. Dia bagi tazkirah percuma kat aku la...Katanya, (Wahai golongan Muda. Barangsiapa di antara kamu yang sudanh mampu bernikah , hendaklah dia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menjagapandangan mata dan lebih membentengi kehormatan dan barangsiapa yang tidak mampu,maka hendaklah dia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu dapat menghalangi Nafsu.
     (HR ABDULLAH BIN MASUD RA)

   Masa tu sesi Ta'aruf aku dengan dia. Dia yang nak adakan sesi Ta'aruf terlebih dahulu. Katanya, lebih baik.

   "Kau tak pernah tengok Wajah dia kan.?"

   " Tak pernah. Dia bekas anak Murid Abuya aku.Abuya aku bekenan dengan akhlak dan kematangan dia. sebab tu la aku di jodohkan dengan Ustaz tu."

   " Kiranya, Kau yang melamar dialah.?"

   " Mana ada.. Lagi pun, tak salah kalau perempuan melamar lelaki. Siti KHADIJAH dulu juga yang melamar RASULULLAH."

 
   KURNIA MENGELUH>>>

  "Aku sarankan. Kau buat Solat Sunat Istikharah. InsyaAllah. segalanya akan terjawab."



No comments:

Post a Comment