Friday, January 6, 2012

ilmiah II

     assalamualaikum...
    alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menfaatkan blog yang tak seberapa ini. namun,  blog ini tetap satu blog ilmiah yang boleh di manfaatkan sesiapa pun. jangan risau ilmu yang saya kongsikan bukan berdasarkan ciptaan atau benda yang ada di dalam  fikiran saya semata-mata .tetapi saya kongsi kan ilmu berdasarkan apa yang saya baca dan faham.
    ilmu itu bukan satu benda yang boleh di reka sesuka hati. ilmu jika salah di gunakan di khuatir akan membawa kepada syirik. baru2 ni saya ada pinjam buku di maktabah. tajuk buku ini adalah SUDAH BENARKAH AKIDAH KITA. pengarangnya syaikh DR. Shalih b. Fauzan AL Fauzan.

   Akidah Islamiyah adalah aqidah atau keyakinan yang di bawa para rasul yang diutuskan Allah dan y
ng termaktub dalam kitab2nya.seperti firman Allah
    "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku .Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki memberi Aku makan"(Qs. Adz Dzariyaat :56-57)

     pentingnya aqidah ini sehingga perlukan perhatian yang lebih sebelum melangkah menuju hal2 lain. aqidah merupakan penentu bahagia seseorang di dunia dan Akhirat. Allah berfirman
" kerana itu barangsiapa ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah , maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kuat yang tidak akan putus.(Qs. AL Baqarah 256)
  
    akidah yang benar akan menghapuskan kesalahan2 yang pernah dikerjakan . ini menunjukkan Allah itu maha pengampun. telah diriwayatkan oleh Imam Tirmudzi disertai pernyataannya hadits ini adalah hasan ,dari Anas bin Malik r.a ia berkata" Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda," Allah berfirman, "Wahai anak keturunan Adam, andai engkau mendatangi-Ku dengan membawa kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menjumpai-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Nya  dengan sesuatu pun, niscaya Aku mendatangkan kepadamu ampunan yang seperti itu pula"

     Syarat untuk mendapatkan keampunan tersebut adalah selamatkan aqidah dari kesyirikan .sesiapa yang berbuat sedermikian , insyaAllah dia lah pemilik hati yang bersih.
   Aqidah yang selamat adalah salah satu syarat di terimanya amalan.  Allah berfirman ," Barangsiapa mengarjakan amal soleh , baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahal yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."(Qs.An Nahl:97) 
      Aqidah yang rosak dapat mengugurkan pahala semua amalan.Allah berfirman " Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada ( nabi-nabi) yang sebelumu, "jika engkau mempersekutukan( Rabb ), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah engkau termasuk orang-orang yang merugi."
   

No comments:

Post a Comment