Friday, December 30, 2011

Hidayah Allah

  assalamualaikum..


    alhamdulillah kita bertemu lagi dengan hari segala penghulu. hari yang penuh barakah dan di limpahi rahmat daripadanya...
   subahanallah,
    hari ini saya menghabiskan aktiviti di rumah bersama keluarga setelah seminggu sibuk dikolej tempat pengajian saya. alhamdulillah saya dapat solat subuh di awal pagi. seusai solat saya membaca surah harian saya pada waktu pagi, iaitu surah al waqiah.
    baju yang di basuh semalam perlu di jemur . alhamdulillah, pagi ini saya tidak tidur balik selepas subuh seperti kebiasaan sebelum ini. lepas tu , kakak meminta saya membelikan santan di kedai. hari ini dia nak masak laksa kelantan ..hehehe.. alhamdulillah dapat juga makan laksa kelantan.
    lepas tu saya menghabiskan bacaan kisah seorang mualaf yang menempuh pelbagai dugaan dan rintangan untuk mencari hidayah ke jalan Allah...
    subahanallah...

   kisah itu sedikit sebanyak memberi motivasi kepada saya yang sememangnya di lahirkan di muka bumi ini sebagai islam. semoga amalan saya lebih baik daripada semalam.
    jika seorang mualaf yang sebelum ini di kenali sebagai non muslim boleh mengamalkan ajaran islam dengan baik, kenapa tidak seorang islam itu mengamalkan apa yang di sampaikan oleh nabi muhammad dengan baik.
    tajuk buku yang telah berjaya memikat hati saya adalah "travelog syahadah". kisah benar seorang mualaf yang layak di gelar ustaz. namun apa yang di kecapinya hari ini,bukan semudah yang di sangka. tiada siapa yang mendorong beliau untuk memilih islam sebagai agama yang baru. dengan dorongan Allah , beliau akhirnya memeluk islam dengan mengucap dua kalimah syahadah.
    itulah fitrah yang Allah ciptakan kepada manusia di atas muka bumi ini . sejauh mana kita berlari, dan setinggi mana kita. kita tetap hambanya dan akan kembali kepada Agama yang satu. sesungguhnya , islam itu adalah agama yang benar.
    setiap apa yang di kerjakan haruslah di mulakan dengan niat. alhamdulillah sinar buat beliau masih ada untuk bergelar islam . Majlis Agama Islam Kelantan( MAIK) merupakan tempat beliau melafazkan kalimah syahadah.
    buku ini adalah pendekatan terbaik untuk kita mendekati mualaf yang mencari hidayah Allah. dan buku ini juga menjadi pengajaran buat umat islam yang jauh dari agama yang sebenar...
    akhir kata dari saya malam ini, islam itu adalah agama yang mudah. ianya bergantung kepada niat kita untuk menerimanya.

      andai suatu hari nanti saya mempunyai ilmu agama setanding beliau, insyallah saya juga akan mengikut langkah beliau untuk menyebarkannya
    insyallah....


No comments:

Post a Comment