Sunday, February 17, 2013

cinta

 Assalamualaikum..

   sebelum aku pergi kepada maudu' yang lebih jauh. aku nak tanya kalian.... Apa itu cinta???
Hmm.. kalian pernah dengar tak perkataan ni.???

  JOM!

  Ya! CINTA itu fitrah semulajadi manusia. tidak di nafikan, manusia memerlukan kepada cinta. tetapi, bagaimana manusia menyalurkan rasa cinta itu.?? ke lembah yang membawa kepada pahala atau kepada zina.?
   OKK. Bagaimana cinta yang boleh membawa kepada zina?? apabila iktilat lelaki dan perempuan tidak di jaga, bila cinta di letakkan di tempat yang paling bawah, manakala akal di kalahkan dengan hawa nafsu. murahkan cinta sebergitu.?
    Wahai sahabat ku yang di rahmati Allah. sedarkah kalian tentang cinta Hakiki.?? cinta yang tidak akan pernah pudar,dan cinta itu menjauhkan kita dari dosa. Pasti kalian kenal cinta sejati ini bukan? ya inilah cinta Allah dan Rasul
      Hari demi hari, Allah memberikan nikmat kebahagian kepada kita tanpa minta balasan. tapi sayang..kita kufur dengan nikmat Allah. kita lupa siapa yang memberikan kita makanan di saat kita kelaparan. siapa yang memberikan kebahagian di saat kita berduka. siapa yang selalu mendengar luahan hati kita. adakah kita lupa semua itu.?
   
    Astaghfirullah..( jom beristighfar sahabatku.) menginsafi setiap detik dosa yang telah kita lakukan.

   Sahabat budiman yang di rahmati Allah. tahukah kalian Rasulullah sangat merindui kita.? Bagaimana pula dengan kita.? adakah setiap hari kita bersalawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW??.Ayuh sahabatku, Jom! kita bersalawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
     Sebelum baginda wafat, siapa yang meniti di bibir baginda.? UMMATI, UMMATI... ini menunjukkan Rasulullah SAW tidak pernah melupakan kita ummatnya.
    Dimanakah kita letakkan rasa cinta kita kini.?? adakah kita letakkan rasa cinta kita kepada pak we atau mak we kita? atau adakah kita letakkan rasa cinta kita kepada Allah dan Rasul?
   sahabatku....

    tidak salah jika hati kita telah memilih seseorang untuk mencintai dan di cintai. tetapi, adakah seseorang itu membawa kita kepada cinta Allah dan Rasul.? jika tidak, lupakan sahaja cinta sebegitu. letakkan Allah dan Rasul sebagai keutamaan kita.
     InsyaAllah.. Allah akan bagi sesorang yang soleh/solehah untuk kita. jika kita ikhlas mencari keredhoan Allah dan mengikuti Sunnah Rasulullah, Allah akan memberikan kebahagian kepada kita kelak.

    Sebelum menemui cinta Allah dan Rasul, aku juga seperti remaja yang lain. ingin mencintai dan di cintai. ya! itu kesilapan aku ketika zaman aku di bangku sekolah. kata orang cinta monyet..  orang nak couple, aku pon nak couple. hmmm.. jangan ikut tau.
    Alhamdulillah.. Aku tidak pernah rasa bahagia apabila couple. mungkin itulah rahmat dan kasih sayang Allah. Allah nak aku bahagia dengan cinta Allah.
    Bila aku menginjak dewasa, aku mula jual mahal. Biar harga diri kita mahal wahai kaum hawa. kerana diri mu adalah sebaik perhiasan di dunia yang fana ini. Biar orang lelaki kata kita sombong. Asalkan kita CINTA Allah dan Rasul..
 

1 comment:

  1. Assalammualaikum. jemput singgah my blog ttg tajuk "suami aku ustaz" . http://streakilluminatedlife.blogspot.com :)

    ReplyDelete