Sunday, January 27, 2013

ujian1

   Assalamualaikum..

   Alhamdulillah.. segala puji hanya selayaknya bagi Allah. Tuhan yang menciptakan seluruh isi langit dan bumi.    ingatan cinta buat junjungan Mulia kekasih Teragung Nabi Muhammad S.A.W.
   sudah lama rasanya tidak lepak menghadap blog ni. Kadang-kadang singgah sekejap. itu pun sekadar melawat sahaja. Hari ini barulah berkesempatan menulis di blog ni..
   Ku akui.. sejak kebelakangan ni, agak sibuk. tak ada kesempatan mahu bertinta. fikiran ku juga sedikit terganggu. bermacam perkara aku harus fikirkan. kadangkala, aku jadi takut. aku takut tidak dapat menghadapi ujian sekecil ini.
     Aku tahu.. Aku kena hadapi ujian ini dengan rasa sabar. tidak kiralah bagaimana sekali pun bentuk ujiannya. tapi, aku selalu di ingatkan "Sungguh, Allah berserta orang yang sabar." Mukmin sejati juga memiliki rasa sabar sehingga di angkat darjatnya di sisi Allah. bahkan di hapuskan kesalahan yang telah di lakukan.
    suhanallah.. aku ingin seperti itu. aku manusia biasa yang terpalit dosa. Aku kadangkala kalah dengan permainan syaitan. cemburu aku melihat sahabat-sahabat ku yang sedaya upaya bermujahadah melawan nafsu.
   Perkara yang paling aku bimbang adalah, aku kembali menjadi manusia yang jahil tentang agama. Aku malu dengan Maha Pencipta. nauzubillah..
   Rabu sudah 23/01/2013.. aku hampir berputus asa. aku tersalah mengambil subjek yang aku tak boleh ambil sem nie. iaitu subjek i.t. kebetulan portal pelajar menghadapi masalah .
   pada mulanya aku pergi pejabat i.t untuk drop subjek tu. pekerja bahagian tu cakap, sistem mereka juga tergendala. sabar`~~~ .
   Hari demi hari...
   sampailah tarikh untuk drop subjek tu tamat.. aku terus pergi ke HEA. kakak HEA cakap aku kena denda satu subjek RM50. Fuh! sabar..balik rumah sewa dengan muka kedut seribu.
   aku cuba maniskan muka yang berkedut tadi. Duit pula tak cukup. hanya cukup untuk makan dan keperluanku selama seminggu. aku bukanlah kaya. duit yang ada aku cuba jimat.
   Malam tu aku telefon mak. segan juga nak meminta-minta dengan mak sendiri. aku cuba juga telefon mak. Alhamdulillah.. tanpa aku minta, mak dah bank in duit dalam account aku. TERIMA KASIH MAK...
  keesokan harinya aku ke HEA ambil borang pengecualian. lepas tu kena jumpa pensyarah mengajar subjek tu. time tu pensyarah tu tengah busy.. dari pagi tak nampak pensyarah tu dalam bilik.aku balik dengan kekecewan teramat.
   petang tu cuba nasib. dan akhirnya aku jumpa juga pensyarah tu. Fuhh! lega.Alhamdulillah. dapat juga aku selesaikan masalah sebelum cuti pertengahan sem..
 

No comments:

Post a Comment