Thursday, December 22, 2011

    assalamualaikum..
pertama sekali saya memanjatkan rasa syukur kehadrat ilahi kerana di beri kekuatan untuk bangun lagi. sebagai manusia saya tidak lari dari melakukan kesilapan yang menyebabkan saya GAGAL didalam final Exam. kesilapan itu telah menjatuhkan semangat saya untuk terus belajar, tambahan pula yuran pengajian bertambah mahal. fikiran saya bertambah celaru apabila memikirkan perasaan mak apabila mengetahui kegagalan saya.
    Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya.
kadang-kadang kita tak nampak anugerah yang tuhan berikan kerana kita sangka kejayaan itu datang atas usaha kita sendiri. manakala, apabila kita gagal kita menyalahkan tuhan. sebenarnya, kita silap.. kejayaan itu atas izin Allah. siapa kita untuk menyalahkan dia yang maha kuasa.
   Alhamdulillah.. saya di anugerahkan keluarga dan sahabat2 yang sentiasa mengigatkan saya kepadanya. saya bangun seperti orang yang sedang bertaktih. walaupun hati rapuh dan ragu untuk membangun,namun  sentiasa ada tangan yang sedia menghulurkan. 
   semoga Allah merahmahmati keluarga dan sahabat yang di kasihi. semoga kejayaan yang di kecapi membawa seribu makna.

No comments:

Post a Comment